Wednesday, August 20, 2008

KeNaNGaN RaMADHan..








20.08.2008 tarikh yang dianggap cantik oleh semua orang..bagi yang nak kahwin nak ambil tarikh tu untuk akad nikah ...bagi yang nak bertunang pun sama... bagi yang baru nak berkenalan nak ambil tarikh ni untuk 1st date bagi aku nak la semua tu tapiiii mimpi di siang hari jer la sebabnya tinggal beberapa jam jer lagi sebelum masuk ke tarikh selepasnya.. hehehe.. apa yang boleh aku buat ialah tarikh ini dijadikan tarikh untuk aku tulis sesuatu untuk update blog aku selepas 2 minggu blog ini tak terupdate.. kira ok apa..kikiki.. tapi rupanya tak berkesempatan juga..nukilan telah dibuat tapi tak sempat nak post...sukiman siap telefon bertanya "zue bila mu nak update blog ni" alasan yang aku bagi biasa la..BZZZZZ..so hari ni aku nak citer sikit pasal RAMADHAN....






Cepatnya masa berlalu...rasanya baru saja menyambut hari raya..baru jer rasa makan ketupat dan rendang... baru jer rasa main bunga api dengan sepupu walaupun usia dah hampir ke tengahari..sedar tak sedar tinggal 10 hari jer lagi RAMADHAN menjelma.. di televisyen kalau dah "YUSOF TAIYOOB" sibuk mengiklankan buah kurmanya maka dah tak lama lagi la umat islam akan menyambut hari raya...Sebelum sambut hari raya yang penting bagi kita yang usianya dah sampai ke tengahari ni ialah nak lalui bulan puasa..masa tu la kita akan menjelajah semua bazar ramadhan yang ada ( bak kata d6) bukan nak membeli tapi cuma untuk mencuci mata..( jgn salah anggap tengok kuih tau)...malamnya pula akan ke surau untuk menunaikan solat tarawih.. masa kecik2 dulu suka sangat ke surau dengan geng2 seangkatan bukan nak sembahyang tapi nak makan kuih yang disediakan di surau beserta dengan air teh o dan kopi o..hehehe..


setiap kali bulan puasa ia akan mengingatkan aku pada arwah abah..arwah merupakan seorang imam di kawasan perumahanku..( anak tak berapa nak imam hehehe) maka setiap malam dia yang akan mengimamkan sembahyang tarawih..pada tahun pertama dia tinggalkan aku sekeluarga air mata aku tak berhenti2 bercucuran bila sembahyang tarawih tambahan pula bila makcik2 di surau sering menyebut "teringat pada arwah jadi imam" pada satu tahap aku boleh berangan yang dia sedang mengimamkan kami ketika itu... yang paling aku ingat ialah bila aku kekenyangan( iblis yang dicipta oleh aku sendiri.. hehehee) mula la menghasut jangan pergi terawih..tapiii. iman aku kuat lagi aku tetap pergi cumanyaaa aku pesan pada arwah "Abah malam ni baca surah yang pendek2 jer la ya.. hehehe"





Selain dari pergi sembahyang terawih aktiviti yang sering dibuat oleh teman2 sepejabat ialah majlis berbuka puasa.... pernah satu waktu tu kami berbuka di Tanjung lumpur perarakan kereta dari pekan ke kuantan...walaupun perarakan kereta itu hanya la melibatkan 2 atu 3 buah kiranya itu juga di panggil perarakan la kan.. kikiki... tapi itu dulu sekarang organizernya dah terbang jauh ke negara orang.. kikiki ( madier)...namun begitu aktiviti ini tetap juga di teruskan oleh sahabat baiknya...(yang mula2 mengajar kami buat blog.. D6) dan tentunya Ustaz madi akan hadir untuk membacakan doa..telah dilantik sejak azali.....


Itulah serba sedikit kisah kenangan RAMADhan... ( panjang lagi ctrnya cuma bimbang orang bosan untuk baca..hehehe ) namun semua itu tinggal kenangan.. Walaupun isinya kenangantapi yang penting dia tak boleh di jual beli...untuk mereka yang membaca nukilan ini SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL- MUBARAK..SEMOGA RAMADHAN KALI INI DIBERKATI OLEH ALLAH S.W.T.....Yang Jauh di perantauan ( madier, Mc P, sukiman ) jangan lupa kami di Malaysia.. dan pada mereka yang berada di Malaysia ( ksp) semoga aktiviti seperti ini dapat kita teruskan lagi.....


23 comments:

Eja said...

Mc, thn ni aku melantik mu jd organizer baru bersama d6 utk membuat mjls buka posa dimana jua yg best makanannya, tanpa melupakan faktor2 sekeliling seperti berdekatan surau/masjid,tempat selesa(mgkn ada angin sepoi2 bhs melayu akan iringi kita berbuka), dkt ngn bazar ramadhan pun ok gak. leh jln2/beli beli kuih ker, tamar ker cm dulu2 tu...

aku harap ada yg setuju cdgn aku ni. hehehhee...

tp sape aku duk memandai nk calonkan ko ni yek?..hehehehe

Mc Zue said...

kak eja:> tahu tak pa..

Anonymous said...

heheh memang best dan terharu biler baca tntg kenangan ramadhan di pekan nie .. huhuhuhu .. masih ku terasa ...

Anonymous said...

heheh memang best dan terharu biler baca tntg kenangan ramadhan di pekan nie .. huhuhuhu .. masih ku terasa ...

Mc Zue said...

masih ku terasa ( IKUT RENTAK LAGU GERSANG KAK IDEDA.. HEHEHE

Anonymous said...

nampaknya aktiviti ramadan dah kita rancang. belum masuk lagi ramadan. hehehehe tapi takpe, yang penting disamping niat kita nak beraktiviti dalam ramadan ni, kita pasang la juga niat nak meningkatkan ibadat dalam bulan baik ni.

Bau-bau ramadan dah muncul dah... kita dah siap ke belum? Niat pose camno? semayang tarawih camno? mesjid mano nak poie? org uk plak ni la kali pertamo berposo kat sano hehehehe

Nak berbuko ramai2? hehehehe nak ajak semuo ko? sapo nak di ajak? kat mano? sonang2 kat gerai cik yah je la... hehehehe

AJK:
penaung: Aku la (aku lantik sendiri... tak boleh bantah)

Ketua: Suki
Pemilihan peserta: Suki n McZ
Publisiti: McZ n Azniza n anis
Pemilihan tempat: Semua terlibat
Kutipan duit: Ok la... aku boleh (kije senang bg kat aku ye
Jemputan org bukan ksp: McZ n aku bole la.
Doa: ustad madi

Anonymous said...

lupo satu laie...

Jurufoto: semuo yg ado kamera bole bawak. bantai la letak dlm blog masing2...

madier said...

wah...lagi 10 hari ooooiii...hhahaha...kira up jadi jer...mana leh rancang lama2..nanti tak jadi...hahaha..insyaallah jadi...

masukkan nama aku sorang...tukang amik gambo...sebab dlm gambo korang nanti mesti muka aku takde..so,kalau takde dlm gambo tu,kira org yg amik gambo ler...hehehe..

nan...aku dah nak masuk kali ke2 pose kat sini...th lepas dah pose kat sini...kira orait lah..sama waktu kat msia..dlm kul 8 gak berbuka...taktau ler tahun depan..pose masa summer..dekat2 kul 10mlm baru maghrib...

Eja said...

D6, aku amat2 stuju... tp cemana suki yg jauh nun disana nk ketuai kite ni..hehehhe

Jankaulu said...

Sebab ni bukannya upacara rasmi, dan buat bukan di hotel/kedai sebintang, bukan panggil press so bukan semua orang terlibat kan?...

Dicadangkan keutamaan diberikan kepada `perserta tetap' dulu (yang selama ni dah join).

Dan barulah kita buka kepada ahli baru. Sebab ni pun macam persatuan jugak. he he he. Apa apa pun ini hanya pendapat terawal...

Jankaulu said...

Dan seperti biasa majlis ni bukan nak makan sedap, kalau nak makan sedap gi restoren Sara Thai (saya baru saja pergi minggu lepas, mahal! tapi sedap).

majlis ni sempena ramadan dan ia menekankan kepada faktor `internal' kita iaitu syukur ada makanan dan kawan-kawan pelbagai ragam.

Dan seperti biasa baki lebih duit bersama juga duit sedekah kawan-kawan kita salurkan kat masjid.

Eja said...

stuju amat mr jan... sara thai mmg x best. lebihan duit kite sedekah je. tp sorg xleh la RM10 cm dulu lg...susah la nk dpt kedai rega gtu lg.kedai cik yah leh kot.tp xkn mcZ nk buka posa kat kedai tiap2 mlm dia lepak kn...x indah ler ke dia..

Eja said...

rasanya mjls ni tetamu akan di jemput (peserta biasa/lama), dan bukannya menawarkan diri kn...jd x terbuka kpd semua la kot kn (jika x salah)... hehehhe..ramalan awal cdgn.

Jankaulu said...

memanglah tak terbuka kepada semua orang...dan bilangannya tak ramai, macam dulu-dululah jugak. takl ada apa yang berubah.

Eja said...

Sori ler mr jan kat atas tu salah paham..sbb sy gi sara thai x best.

Jankaulu said...

sara thai best jugak, cuma mahal kita tak berapa mampu kot. nasi goreng RM7 sepingang. Tapi best (sori eja, he he he)

Mc Zue said...

suki.. aku pun rasa tak best sangat la kat sara thai tu..kalau masakan hidangan may be ok kot( itu cakap anis mktng)tapi masing2 punya taste berbeza kan.??

Anonymous said...

ok la,ajk bukak posa tu da ada.. setuju ajer.. mai la try makan kat santai..ramai org citer best n tak mahal sangat...

Jankaulu said...

santai? santai santailah kita gi tengok dan `hakmilik' kan untuk program kita. spirit of ramadhan tu penting...aku ok je.

Anonymous said...

aku pun tak kisah... tapi jangan la jadi tukang cadang je kan hehehehe

Jankaulu said...

kita cadang je satu tempat, kalu dia bangkang suruh dia cari la...hehehe

cari kat muadzam nak?

Anonymous said...

apa kata masing2 beli lauk berbuka kat bazar ramadan pastu ramai2 berbuka kat tengah padang mpk... hehehe baru thrill...

Capt Imad said...

MANA GAMBAR AKU?