Sunday, October 26, 2008

NiLai KeNaNGaN..















RaSaNYA dah tutup kisah jamua raya yang Ksp anjurkan.. dan rasanya masih belum terlewat untuk ucapkan TERIMA KASIH yang tak terhingga kepada kolej kerana mengadakan jamuan ini untuk pekerja-pekerjanya.. Alhamdulillah kami semua dapat berkumpul beramai2, saling mengenali di antara satu sama lain... dapat melihat gelagat kakitangan shahputra sambil dihiburkan dengan persembahan setiap program dan juga department...

Bila duduk sorang2 sambil tengok gambar teringat pula jamuan yang dibuat dahulu kala ketika itu saya bekerja di pekan...betapa seronoknya la rasa..persembahan juga tak kurang hebatnya.. department kami Business mendapat tempat pertama...ianya takkan berjaya tanpa sokongan semua pihak.. untuk memeriahkan lagi jamuan makan malam itu pihak organizer menyediakan anugerah kepada staff2 yang bertuah... dan salah seorang staff yang bertuah itu tentulah saya.. hehehe.. alhamdulillah... sukiman juga turut mendapat anugerah itu iaitu "Lecturer Paling Ceria" tahniah suki... tapi kini semuanya tinggal kenangan yang tak mungkin saya lupakan... Kenangan adalah sesuatu yang amat bernilai yang tak mungkin boleh di jual beli.. kerana setiap manusia mempunyai kenangan yang berbeza yang mempunyai "VALUE" nya tersendiri...

Friday, October 10, 2008

WeDDiNg UmI.



RaYa Ke 3 baru-baru ni cousin saya Kahwin..Jodohnya orang Johor..Alhamdulillah terbina sebuah lagi Masjid.. Cousin saya ni memang close dengan saya dan ada seorang lagi yang sekarang ni bekerja di sarawak..mereka semua disebelah arwah abah saya.. yang membuatkan kami semua rapat ialah perbezaan umur kami tidak begitu jauh..Umi merupakan anak bongsu dari 3 orng adik beradik.. time raya n time kenduri la waktu yang paling best sebab kami akan berkumpul dengan semua saudara mara yang ada..masa tu la boleh kenal yang kecik yang besar, anak teruna, anak dara, dan sebagainya... menu yang dihidangkan masa kenduri umi ialah nasi putih, ayam percik, gulai kawah daging, sambal belacan, ikan kering, acar timun, singgang daging dan tak lupa air sirap serta buah tembikai sebagai pencuci mulut...bukan sahaja dijamu dengan makanan umi juga turut memberi "SISA"( bahasa orang kelantan) kepada orang yang datang ke kenduri nya.. "SiSA" kalau diluar daripada pantai timur ialah buah tangan/cenderamata. "SISA" yang umi bagi ada pelbagai jenis barang yang mana ia letakkan dalam satu beg kertas ( telur, coklat, nasi manis, mufin dan juga kotak kecil yang diperbuat daripada tikar yang boleh isi kerongsang.) Bagi saya yang menariknya beg kertas tu ada tertera gambarnya dan pasangannya yang bertulis "KENDURI KESYUKURAN".. itu ialah hasil kreatif pasangannya merekabentuk beg kertas itu...nama pasangannya ialah Razali juga dikenali dengan nama Bob... Bob seorang photographer dan juga designer yang profesional.. hehehe lepas ni tanggungjawab bob la plak untuk create something pada saya ya... Kenduri kahwin umi itu ialah kenduri kesyukuran yang mana menjamu para tetamu. Selalunya kalau sebut pasal kenduri kahwin tetamu yang datang akan memberi sedikit saguhati berupa duit kepada tuan rumah tetapi apabila disebut kenduri kesyukuran tetamu tidak perlu memberi saguhati itu. Di sana selalunya tetamu akan memberi gula, susu, beras kepada tuan rumah sebagai membalas ucapan terima kasih kerana menjemput mereka untuk hadir ke kenduri kesyukuran.. Ianya masih dipraktikkan oleh orang yang berada di kampung...
Untuk UmI Thasni DAN RaZaLi.. Selamat Pengantin BAru.. Semoga Kekal hingga Hujung Nyawa...



AnGPaU..

Pejam celik pejam celik dah 10 hari kita beraya..zaman sekarang dah tak sama macam zaman dulu suasana rayanya dah agak kurang dirasai.. mungkin disebabkan faktor usia yang semakin matang hehehe.. raya zaman dulu sibuk nak pergi beraya sebab... nak dapatkan angpau tapi sekarang kalau boleh nak nyorok dari pergi berjalan ke rumah orang.. hehehe..itu cuma cakap2 kosong aja jangan salah faham.. tanggungjawab harus diteruskan.. kadang2 rasa happy jer bila tengok gelagat kanak2 datang beraya.. ada yang memberi salam dari jalan raya dapat duit terus balik..yang tak tahannya lepas balik satu group dia akan datang 2 3 group yang lain.. kalau yang sepupu2 pulak macam2 cara untuk dapatkan duit raya.. diantara cara2nya ialah "kak yong kita salam pagi ni ya?, kak yong nak suruh picit tak? itu lah diantara solaan yang selalu timbul oleh sepupu2 saya.. hehehe... tapi itu lah kecerian yang wujud di pagi raya.. rasanya tak terlambat lagi nak ucap "Selamat Hari Raya" Maaf Zahir Batin

Tuesday, October 7, 2008

MuTiAra KaTa

CiNta Bermula dengan Mata, Tumbuh di Hati dan Berakhir dengan Air MaTa.. Tetapi Sahabat Bermula Dengan Senyuman..TumbUh dengan Persefahaman dan Berakhir dengan HaNya KemATiaN..