Sunday, February 15, 2009

HapPy BirtHdaY Aisya





















Diam tak diam dah 2 tahun usia aisyah.. sekejap jer.... Selain fatima n Khadeeja Aisyah juga penghibur hati saya.. Keletahnya mengalahkan orang tua.. Kuat menyanyi.. yg mahalnya siap buat memek muka.. macam2 bentuk..Aisyah ni merupakan anak KAk Ja.. baru2 ni umi dia( kak ja) sambut birthdaynya.. ada la acara memotong kek.. kebetulan pula fatima n khadeeja( anak Lipi) ada datang ke kuantan.. Ala2 renuion gitu..hehe.. Nak jadi kebetulan ibu saudara saya pun datang juga.. dan dia menghadiahkan Kek Bluberry untuk Aisyah.. saya pula menghadiahkan baju gaun..hehehe..Diorang semua ni dah dianggap macam anak sendiri.. sebab tu mereka memanggil saya dengan panggilan MAMA..



HaPPy BirthdaY Aisyah... Moga menjadi anak yang solehah dan dibanggakan...

Sg EmAS





















SG EMAS??? tak pernah dengar kan nama tu... hmmm kalau KUALA KENAU tu pernah la dengar... rupa2nya SG EMAS tu tempat untuk berkelah yang amat cantik... kawasannya ialah di sekitar Sg LEmbing..memang menarik la.. 15hb feb baru2 ni saya, ma, tok ma endun, kak ja dan keluarga serta kakak ipar dan anak saudaranya pergi ke Sg Emas untuk merehatkan minda, berkelah, mandi manda dan BBQ... seronoknya.. maklum la sekali sekali merehatkan minda dan badan yang selalu sahaja sibuk dengan kerja2 yang memang tak pernah habis.... kami pergi selepas waktu zohor sebab kalau tengah hari kawasan di situ agak panas.. nak sampai ke SG EMAS kami akan melalui perkampungan orang asli.. dapat la kami lihat rumah2 mereka... tapi zaman dah berubah banyak juga la rumah2 orang asli ni tidak seasli dulu... mereka dah duduk di rumah batu yang dipanggil sebagai PPRT... tapi.. wajah dan kulit mereka tidak berubah masih lagi boleh dikenali dan dapat membezakan antara satu sama lain terutama dengan orang kita.... hehehe...jarak dari jalan utama ke sg emas kira2 20minit.. jalannya ya allah kecik dan agak berliku.. mula2 rasa macam sesat ajer.. maklumlah tak pernah sampai...tapi minda akan tenang sebab disekelilingnya pokok2...sejukkkk jer... kami pergi dengan 2 buah pajero....kata Abg Man suami kak ja kawasan ini masih belum dikenali lagi..( Berdara tau)..kebanyakkan yang datang dan tahu tempat ini ialah geng2 4x4..saya ni hanya tumpang sekaki jer... dah ada peluang apaaa lagi.....ya tak? Sesampai jer di destinasi saya kagum melihat kawasanya...pada saya memang cantik dan airnya sangat sejuk...yang mengagumkan saya ialah batu2 sungai yang ada..pelbagai saiz...kecik ada, besar ada, leper ada, bulat ada dan macam2 bentuk lagi... saya dan ma ada juga ambil untuk di bawa balik yang bertujuan untuk di letakkan di KUBUR ABAh... tapi dah minta izin ya....






Sedang kami menikmati juadah yang dibawa... hujan turun...percikan air hujan di sungai tu memang cantik....berkilau macam ada berlian dalam air sungai tu...kagumnya dengan ciptaan ALLAh.. Lupa nak beritahu juadah makanan yang dibawa ialah ( nasi putih +ikan aya singgang+ ikan kerisi goreng+budu+gulai ayam kampung+ulam-ulaman+mee hoon goreng+keropok goreng+makanan ringan+buah tembikai+minuman+ ayam dan daging bakar..) semuanya makanan kampung...saya yang paling terliaur ialah singgang ikan aya tu la hehehe...
Kira2 jam 6.15 petang kami bertolak balik ke rumah...sebuah2 kerete beransur pulang...Sekurang2nya aktiviti minggu ini dapatlah merehatkan fikiran.. SG emas insyaalah ada rezeki saya akan datang lagi...

Tuesday, February 10, 2009

PoLiTeKnIK KoTa Bharu...







Di sini la bermulanya kehidupan aku sebagai pelajar IPT.. di sini la aku mula mengenali berdikari, di sini la aku mula mengenali kehidupan, di sini juga la aku mula menggegam segulung DIPLOMA.. Di POliteknik Kota Bharu.. PKB banyak mengajar aku berdikari, mengenali kawan-kawan yang berlainan budaya, ( cina, india, siam).. Sentuh pelajar SIam ni mula2 aku sampai di sini aku agak terkejut kerana ada juga pelajar yang tidak memakai tudung sedangkan rupa mereka sebiji orang melayu dan kehidupan mereka seperti orang melayu cuma yang membezakanya ialah bahasa yang mereka gunakan... Yang pelik sebab diorang tak pakai tudung sebab kami belajar di Kelantan..dan kebanyakkan pelajar majoriti semua pakai tudung.. Di PKB juga la aku mengenali Wani exe dan Julie JPm...banyak pengalaman yang aku kutip di pKB.. berhadapan dengan orang lelaki yang masuk ke asrama perempuan.. terjadi di depan mata sendiri..menjadi penjual buah yang berjaya setiap petang untuk menampung duit kelas (betul tak wanie? hehehe)...naik motor daripada PKB ke KB sejauh 35 km.. lenguh tangan2...dari sini juga la aku mula mengambil lesen Motor.. hehehe..Kalau boleh diulang alangkan bestnya la... terutama bila berborak dengan kawan2 lama macam2 kisah akan keluar.....
p/s tak sabar nak buat renuion dengan kawan2 september ni..