Friday, June 27, 2008

MaDiEr...

p/s untuk MAdier sahaj ok..hehehe...:- D ini gambar yang aku berkenan.. ko tolong check kan ya.. kalau boleh tgk harga, patern dia taknak bulat tapi ader lekuk2 sikit.. maknanya kalau bentuk dia 4 segi ker lagi bagus...kalau boleh satu set + pinggan nasi, mangkuk lauk, cawan n piringnya.. kira semua satu set.....







Wednesday, June 25, 2008

KaWAn...



1)kawan tu bkn mcm maen FUTSAL. Mula-mula kejar..dah dapat sepak..
2)kawan tu bkn mcm maen SKATE. Mula-mula gosok..lepas tu pijak..
3)kawan tu bkn mcm maen RAGBI. Mula-mula tangkap.. dah dapat tendang..
4)kawan tu bknnya mcm PAMPERS.. dah pakai, buang..
5)kawan tu bknnya mcm BARANG KEMAS. Waktu baru beli pakai. Dah sengkek gadai.
6)kawan tu bkn mcm PELANGI. Hari cerah takde..hujan gerimis baru muncul..
7)kawan tu bkn mcm KERETA. Rosak skit,jual.. ambik kereta baru..
8)kawan tu bkn mcm CHIPSMORE.. skejap ade skjp tak..
9)kawan tu bkn mcm BANK. Bila dah takde duit, pegi kat sana ambik.

Walau ape pun tanggapan org tentang kawan.. bagi saya, kawan tu penting. Seorang kawan takkan biarkan kawan dia menangis, sedih, berduka dan sebagainya. Kawan yg sejati adalah seorang kawan yang dapat diajak duduk dan berbincang tentang pelbagai perkara. Yang penting, seorang kawan akan sentiasa menghadiahkan senyuman kpd kawan-kawannya.. :)

Nasihat Imam Syafie mencari TEMAN ketawa memang mudah dicari, tetapi teman menangis tiada siapa yang sudi. Memang benar sukar mencari erti persahabatan sejati. Hanya mereka yang benar-benar bersahabat dengan hati tulus dan ikhlas dapat mencari erti persahabatan tulen.....

SIApakah Yang Sudi Menjadi Sahabatku????

Akhirnya.....Alhamdulillah Aku bersyukur kerana ALLAH telah menemukan aku dengan dengan seseorang yang boleh aku PaNGGiLNYa SaHaBat... Kerana dia boleh menerima aku seadanya, kerana dia boleh bertahan dengan sikapku, kerana dia sering sejalan denganku, kerana dia sering menjaga nama baikku, kerana dia sahabat yang tidak luntur baiknya dalam suka dan duka, kerana dia sering mendengar masalahku, kerana dia sering menasihatiku, kerana dia boleh berkorban apa sahaja untukku, kerana DIA aku di panggil MAMA oleh anak2nya, kerana dia juga aku tidak merasa kekurangan.... TeRImA KaSiH ZaLiNaWatI....keRana Sudi Menjadi Sahabatku... Semoga persahabatan ini akan terjalin Hingga Hujung Nyawa........

25 Jun 1978....





25 Jun 1978....Lahirlah seorang baby perempuan yang comel yang diberi nama NorHaNisah Bt Abd HaMiD di pekan Pahang...So hari ni genap lah umur Anis 30 tahun... dalam usia sudah suku abad ini anis telah pun mempunyai keluarga sendiri...Suami nya Radzi dan anaknya yang comel Puteri Adriana telah melengkapkan hidup Anis.. SeLamaT Hari Lahir Sahabat.. Semoga Allah Merahmati Hidup ko seKeluarga dan MemberkatiNya.. Jadi lah Anak yang Di banggakan, Isteri yang Solehah, Ibu yang Penyayang dan SaHaBat yang SeJati.... Ini lah HadiAh dari Aku...hehehe...... "HaPPY BiRthDaY"




Haaa....IniLah Puteri Kesayangan Anis Dan Adik Radzi..."Puteri Adriana" Cute kan.. suara dia sebiji suara Anis.. kuat berleter ... kehkehkeh macam Anis la...

Tuesday, June 24, 2008

ArGHhhhhhh......

Hari ini aku terima berita yang tak best lagi... 2 minggu lepas berita tentang yana, linda shahrir, usop akan tinggalkan ksp dan melangkah ke tempat yang rumputnya lebih hijau ( petikan kata2 En.Kamal) iaitu POliteknik Sultan Haji Ahmad Shah... walapun tempatnya tidak jauh namun kehilangan teman2 tetap juga terasa..Hari ni berita tentang Amli pula akan tinggalkan KSP... Dalam tempoh beberapa hari lagi Amli akan di kenali sebagai Pensyarah Uitm... Alhamdullillah rezekinya telah sampai...berkat daripada kesabaran yang dia lalui selama ini ( bak kata D6)... lepas sorang..sorang kawan2 lama akan tinggalkan Ksp....tak lama lagi kawan sebelah aku ni akan menyusul.. semoga ada rezeki untuknya... tinggal lah aku dan beberapa teman yang lain ( Mc P, kak ja, ida, azwa, wani , kak anum, kak z, kak ina library, ma, anis mktg....... hilangla seri teman2 dari PEKAN.....kepada kawan2 yang akan pergi selamat berjuang di tempat baru... jadi la staff yang dibanggakan...untuk teman2 yang masih tinggal.. selamat berjuang di sini. (:-(

Thursday, June 19, 2008

KiSaH Asal uSuL HAJAR ASWAD


Ketika Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya membina Kaabah banyak kekurangan yang dialaminya. Pada mulanya Kaabah itu tidak ada bumbung dan pintu masuk. Nabi Ibrahim a.s bersama Nabi Ismail bertungkus kumus untuk menjayakan pembinaannya dengan mengangkut batu dari berbagai gunung.

Dalam sebuah kisah disebutkan apabila pembinaan Kaabah itu selesai, ternyata Nabi Ibrahim masih merasakan kekurangan sebuah batu lagi untuk diletakkan di Kaabah. Nabi Ibrahim berkata Nabi Ismail berkata, "Pergilah engkau mencari sebuah batu yang akan aku letakkan sebagai penanda bagi manusia."

Kemudian Nabi Ismail a.s pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk mencari batu yang baik dan sesuai. Ketika Nabi Ismail a.s sedang mencari batu di sebuah bukit, tiba-tiba datang malaikat Jibril a.s memberikan sebuah batu yang cantik. Nabi Ismail dengan segera membawa batu itu kepada Nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim a.s. merasa gembira melihat batu yang sungguh cantik itu, beliau menciumnya beberapa kali. Kemudian Nabi Ibrahim a.s bertanya, "Dari mana kamu dapat batu ini?"

Nabi Ismail berkata, "Batu ini kuterima daripada yang tidak memberatkan cucuku dan cucumu (Jibril)." Nabi Ibrahim mencium lagi batu itu dan diikuti oleh Nabi Ismail a.s. Sehingga sekarang Hajar Aswad itu dicium oleh orang-orang yang pergi ke Baitullah. Siapa sahaja yang bertawaf di Kaabah disunnahkan mencium Hajar Aswad. Beratus ribu kaum muslimin berebut ingin mencium Hajar Aswad itu, yang tidak mencium cukuplah dengan memberikan isyarat lambaian tangan sahaja.

Ada riwayat menyatakan bahawa dulunya batu Hajar Aswad itu putih bersih, tetapi akibat dicium oleh setiap orang yang datang menziarahi Kaabah, ia menjadi hitam seperti terdapat sekarang. Wallahu a'alam.

Apabila manusia mencium batu itu maka timbullah perasaan seolah-olah mencium ciuman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Ingatlah wahai saudara-saudaraku, Hajar Aswad itu merupakan tempat diperkenan doa. Bagi yang ada kelapangan, berdoalah di sana, Insya Allah doanya akan dikabulkan oleh Allah s.w.t..

Jagalah hati kita sewaktu mencium Hajar Aswad supaya tidak menyengutukan Allah s.w.t., sebab tipu daya syaitan kuat di Tanah Suci Mekah.

Ingatlah kata-kata Khalifah Umar bin Al-Khattab apabila beliau mencium batu itu (Hajar Aswad) : "Aku tahu, sesungguhnya engkau hanyalah batu biasa. Andaikan aku tidak melihat Rasulullah s.a.w. menciummu, sudah tentu aku tidak akan melakukan (mencium Hajar Aswad
)."

TANGAN ORANG YANG TIDAK SOLAT...

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat tu, adalah dosa besar, dan malahan lebih hina drpd khinzir.. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat spt yg dikisahkan pd zaman Nabi Musa A. S.

Begini kisahnya... pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yg sudah berumahtangga , dia tak ada zuriat lalu, terdetik dlm hati dia (nazar), "kalau aku dpt anak, aku akan minum air kencing anjing hitam . " Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Bila dah dpt anak, laki ni pun runsinglah... Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam. Syariat pd zaman Nabi Musa berbeza dgn syariat yg turun utk umat Nabi Muhammad. kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yg haram, maka tak payah buat, tapi kena denda(dam) atau sedekah.. Tapi, kalau zaman Nabi Musa, brgsiapa bernazar, walaupun haram, tetap kena laksanakan nazar tu.. lalu, si lelaki yg dapat anak tu, dgn susah hatinya, pun pegilah bertemu dgn Nabi-Allah Musa.. Dan menceritakan apa yg terjadi ke atas dirinya.. lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu xpayah minum air kencing anjing hitam, tapi akan minum air yg lebih hina dr air kencing anjing hitam. Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut utk pergi menadah air yg jatuh dr bumbung rumah orang yg meninggalkan sembahyang dan minum air tu. lalu, lelaki tu pun senang hati, menjalankan apa yg diperintahkan oleh Nabi Musa tadi... Lihat.. betapa hinanya org yg meninggalkan solat, sampai dikatakan air yg jatuh dr bumbung rumah dia, lbh hina dr air kencing anjing hitam.. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi..

Menyentuh bab air tangan ni, selalu kita suka makan masakan ibu, isteri kita. Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat , sbb kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan, nasi, dsb.. anak-anak, suami pulak yg akan makan makanan yg dimasak. takkan nak biarkan suami & anak2 gelap hati minum air tangan org tinggalkan solat.. tak gamakkan? ... betapa beratnya amalan solat ni, hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj, sedangkan kewajipan2 lain memadai diutus melalui Jibril a. s. Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kpd Saidina Ali (&utk umat Islam) , "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum." maknanya,"Solat, solat jgn sekali kamu abaikan dan peliharalah org2 yg lemah di bawah tanggunganmu." jadi, sama2lah kita pelihara solat kita, dr segi zahir & batinnya, kerana amalan solatlah amalan yg mula2 akan ditimbang di neraca Mizan kelak.....

Tuesday, June 17, 2008

Adam 0 Adam....

Hari ni on the way nak pergi kerja telinga asyik layan radio Hot Fm je.... Best gak dengar celoteh farah fauzana and faizal ismail...( pasangan DJ yang serasi ) tapi sedang aku layan hot Fm adanya terselit berita terkini yang berlaku di Malaysia..dan berita yang menarik fikiran aku adalah mengenai kaum lelaki yang kini semakin pupus di IPT... ianya diperakui sendiri oleh naib Cancelor UPSI yang mana maklumat ini telah dibuat penyelidikan secara terperinci...Ke mana hilangnya golongan lelaki?????? menurut TNC ini juga sebanyak 70% guru-guru yang berada di Malaysia adalah terdiri daripada golongan kaun hawa...ianya amat menyedihkan. Ini bermakna hanya 30% sahaja guru dipelopori oleh kaum Adam. Sedangkan apa kita maklum adalah kaum lelaki merupakan tunggak untuk pembangunan negara...Seperti yang kita maklum kebanyakkan kaum lelaki lebih berminat dengan sektor perindustrian dan lebih kepada kemahiran namun apa yang menyedihkan kursus-kursus kemahiran yang ditawarkan di universiti tempatan seperti UiTM UTM, UPM dan sebagainya telah dipelopori oleh kaum hawa..situasi ini amat membimbangkan. Dengan tercetusnya berita ini maka pihak radio Hot Fm telah mengambil kesempatan dengan menjadikan ini sebagai topik bagi perbincangan pagi di HOt Fm...

Monday, June 16, 2008

HARi Bapa...

Semalam, 15 jun 2008 merupakan hari bapa dan ianya telah disambut oleh ramai anak2 di Malaysia. Aku terpanggil untuk menulis sesuatu di dalam BLog ini mengenai hari Bapa. Setiap tahun tarikh ini merupakan hari yang paling istimewa kepada lelaki yang bergelar bapa, abah, ayah, baba,bapak, daddy dan apa sahaja gelaran untuk mereka dan ianya amat berharga buat insan ini kerana anak2 yang mereka besarkan akan membuat sesuatu secara suprise untuk meraikan bapa mereka..Pada mereka, duit bukan segala-galanya yang penting adalah kasih sayang dan ingatan tulus ikhlas dari anak2 adalah hadiah yang paling bermakna dan terindah.. Namun sebagai anak "suprise" yang akan mereka lakukan akan mengeratkan lagi perhubungan antara bapa dan anak...Tapi dalam kita menceritakan tentang kasih sayang seorang bapa pernah tak kita terfikir bagaimana la perasaan seseorang lelaki yang bergelar bapa tetapi bertopengkan binatang.. ( HARUAN MAKAN ANAK ). tidak pernah terfikir di dalam kota fikiran aku kenapa mereka sanggup melakukan benda2 sedemikian hanya semata2 untuk memuaskan nafsu mereka ( Nauzubillah ) sedangkan anak itu lah harta yang paling bernilai apabila mereka tiada kelak untuk mendoakan kesejahteraan mereka di sana. NAmun bagi aku, Abah aku adalah yang terbaik dan ianya sempurna di mataku dan aku bersyukur kerana Allah mengurniakan abah sepertinya.. Dan kurniaan ini bukan sahaja untukku malah ia juga untuk kawan2 ku yang lain kerana mengurniakan bapa mereka ... Apa sahaja tarikh penting yang melibatkan bapaku akan sentiasa aku ingat sampai bila2 ( insyaallah... semoga Allah tidak pesongkan hatiku).. seperti tarikh hari jadinya, hari bapa dan yang paling aku tidak boleh lupa adalah tarikh di mana dia meninggalkan aku, ma dan adik buat selama-lamanya ( 27 Mei 2004).. kalau orang lain menyambut hari bapa dengan membuat suprise, membawa bapa keluar makan, membeli hadiah tapi.... aku tetap akan memberi hadiah ini setiap masa dan waktu iaitu sedekahkan Al-fatihah untuknya. Walaupun dia pergi meninggalkan aku sekeluarga namun ingatan aku padanya tetap akan terpahat dalam hatiku sampai bila2...Selamat Hari Bapa "ABAH" ( ABDULLAH ZAWAWI B. HASSAN) semoga Allah mencucuri rahmat ke atas ROH abah dan ditempatkan bersama dengan orang2 yang beriman...AMIN.. untuk kawan2 ku Selamat Hari Bapa juga aku ucapkan dan jadilah Bapa yang dibanggakan...

Buat Madier, Fuzah, kak ja, Azwa dan Mina tabahkan hati dengan ujian yang Allah berikan pada kita kerana ujian itu akan lebih mematangkan kita.. Redha dengan apa yang direncanakan...( Al-fatihah untuk bapa mereka)

Buat D6, k' suhaidah, Mc P, Sukiman, Amli, Anis, Ida dan kwn2 yang lain yang masih mempunyai bapa sayangi la bapa anda dan nikmatilah kehidupan ini dengannya... kerana bila ia pergi pasti tak kembali lagi...

Friday, June 13, 2008

Minyak Vs Gaji

Kenaikan Harga minyak yang mencecah sehingga 40% telah membuka mata seluruh rakyat malaysia. Apabila berlakunya kenaikan harga minyak ini ianya seolah-olah membuka laluan untuk kenaikan harga barang yang lain. Ini memang tidak dapat di nafikan oleh mana-mana pihak. Saban hari dan waktu di media elektronik, media massa isu kenaikan harga barang sentiasa menjadi isu yang paling hangat ibarat program realiti Akademi Fantasia. Apa yang mengejutkan ialah isu kenaikan minyak masih lagi belum reda di timbul pula dengan isu yang mana kakitangan kerajaan akan dibayar gajinya 2x sebulan atau dengan nama lainnya "separuh-separuh". Selepas PRU yang ke 12 akibat daripada kekalahan teruk yang diterima oleh Barisan Nasional, perletakkan Jawatan ynag dibuat oleh Tun Dr Mahathir dan juga satu persatu isu yang tidak pernah terfikir oleh mana-mana minda rakyat malaysia telah timbul....Namun sebagai orang nombor satu Malaysia Pak Lah perlu mencari jalan yang terbaik untuk meyakinkan rakyatnya dengan segala keputusan yang telah di buat...

Monday, June 9, 2008

PiZZa HuTts..



lokasi gambar ni di Pizza Hut's East Coast Mall...kita orang ber 7 g kesana buat ala2 party untuk mc Sue..( Solihah). ari tu last day dia d KSp.. Pic 1:- Anis, Mc P, Kak eja, Yana, Ida n Mc Zue. unutk Pic 2 :- ida, Mc Zue, SOLIHAH, Anis n Mc
Selamat Bekerja Di Tempat Baru Mc Sue...

" PekaN TaKBai"




hye.. lama tak update blog ni.. maklumlah cuti...balik ke kampung halaman.. berehat2, jalan2, release apa yg patut di release.... sepanjng cuti ari tu ader g jalan2 ke seberang Thailand... yang bestnya dapat naik perahu... dikenakan bayaran sebanyak Rm1 setiap seorang...so di sebelah ni ialah gambar "pekan Takbai".. barang2 murah giler... pada kaum2 hawa best jugalah nak bershoping... kalau orang kelantan panggil pekan ni ialah "TABA".. kepada kawan2 yang baca blog ni meh la kita buat rombongan
ke sana...hehehe..