Monday, June 16, 2008

HARi Bapa...

Semalam, 15 jun 2008 merupakan hari bapa dan ianya telah disambut oleh ramai anak2 di Malaysia. Aku terpanggil untuk menulis sesuatu di dalam BLog ini mengenai hari Bapa. Setiap tahun tarikh ini merupakan hari yang paling istimewa kepada lelaki yang bergelar bapa, abah, ayah, baba,bapak, daddy dan apa sahaja gelaran untuk mereka dan ianya amat berharga buat insan ini kerana anak2 yang mereka besarkan akan membuat sesuatu secara suprise untuk meraikan bapa mereka..Pada mereka, duit bukan segala-galanya yang penting adalah kasih sayang dan ingatan tulus ikhlas dari anak2 adalah hadiah yang paling bermakna dan terindah.. Namun sebagai anak "suprise" yang akan mereka lakukan akan mengeratkan lagi perhubungan antara bapa dan anak...Tapi dalam kita menceritakan tentang kasih sayang seorang bapa pernah tak kita terfikir bagaimana la perasaan seseorang lelaki yang bergelar bapa tetapi bertopengkan binatang.. ( HARUAN MAKAN ANAK ). tidak pernah terfikir di dalam kota fikiran aku kenapa mereka sanggup melakukan benda2 sedemikian hanya semata2 untuk memuaskan nafsu mereka ( Nauzubillah ) sedangkan anak itu lah harta yang paling bernilai apabila mereka tiada kelak untuk mendoakan kesejahteraan mereka di sana. NAmun bagi aku, Abah aku adalah yang terbaik dan ianya sempurna di mataku dan aku bersyukur kerana Allah mengurniakan abah sepertinya.. Dan kurniaan ini bukan sahaja untukku malah ia juga untuk kawan2 ku yang lain kerana mengurniakan bapa mereka ... Apa sahaja tarikh penting yang melibatkan bapaku akan sentiasa aku ingat sampai bila2 ( insyaallah... semoga Allah tidak pesongkan hatiku).. seperti tarikh hari jadinya, hari bapa dan yang paling aku tidak boleh lupa adalah tarikh di mana dia meninggalkan aku, ma dan adik buat selama-lamanya ( 27 Mei 2004).. kalau orang lain menyambut hari bapa dengan membuat suprise, membawa bapa keluar makan, membeli hadiah tapi.... aku tetap akan memberi hadiah ini setiap masa dan waktu iaitu sedekahkan Al-fatihah untuknya. Walaupun dia pergi meninggalkan aku sekeluarga namun ingatan aku padanya tetap akan terpahat dalam hatiku sampai bila2...Selamat Hari Bapa "ABAH" ( ABDULLAH ZAWAWI B. HASSAN) semoga Allah mencucuri rahmat ke atas ROH abah dan ditempatkan bersama dengan orang2 yang beriman...AMIN.. untuk kawan2 ku Selamat Hari Bapa juga aku ucapkan dan jadilah Bapa yang dibanggakan...

Buat Madier, Fuzah, kak ja, Azwa dan Mina tabahkan hati dengan ujian yang Allah berikan pada kita kerana ujian itu akan lebih mematangkan kita.. Redha dengan apa yang direncanakan...( Al-fatihah untuk bapa mereka)

Buat D6, k' suhaidah, Mc P, Sukiman, Amli, Anis, Ida dan kwn2 yang lain yang masih mempunyai bapa sayangi la bapa anda dan nikmatilah kehidupan ini dengannya... kerana bila ia pergi pasti tak kembali lagi...

5 comments:

danny said...

Dimataku bapaku adalah superhero...

Mata Hati said...

tiada siapa bleh ganti ayoh kite...al fatihah untuk arwah abah Sidek..

Aisy Faris & Aisy Fitri said...

terima kasih kak zu . kesedihanmu adalah kesedihan setiap anak yang kehilangan seorang bapa yang bertanggungjawab ... alfatihah buat mereka yang telah pergi

Anonymous said...

thanks zue....alfatihah untuk bapa ku Husin bin Mat dan ibuku..Nah bt Mat Zin...

Mc Zue said...

most welcome my friends..