Friday, June 13, 2008

Minyak Vs Gaji

Kenaikan Harga minyak yang mencecah sehingga 40% telah membuka mata seluruh rakyat malaysia. Apabila berlakunya kenaikan harga minyak ini ianya seolah-olah membuka laluan untuk kenaikan harga barang yang lain. Ini memang tidak dapat di nafikan oleh mana-mana pihak. Saban hari dan waktu di media elektronik, media massa isu kenaikan harga barang sentiasa menjadi isu yang paling hangat ibarat program realiti Akademi Fantasia. Apa yang mengejutkan ialah isu kenaikan minyak masih lagi belum reda di timbul pula dengan isu yang mana kakitangan kerajaan akan dibayar gajinya 2x sebulan atau dengan nama lainnya "separuh-separuh". Selepas PRU yang ke 12 akibat daripada kekalahan teruk yang diterima oleh Barisan Nasional, perletakkan Jawatan ynag dibuat oleh Tun Dr Mahathir dan juga satu persatu isu yang tidak pernah terfikir oleh mana-mana minda rakyat malaysia telah timbul....Namun sebagai orang nombor satu Malaysia Pak Lah perlu mencari jalan yang terbaik untuk meyakinkan rakyatnya dengan segala keputusan yang telah di buat...

4 comments:

Anonymous said...

Pehhh...padu....paklah kena fikir2kan...gaji kakitangan kjaan 2 minggu skali ke?oklah tu zue...gaji aku skang seminggu skali...syok ooo...hehehe

Jankaulu said...

kerja apa pulak seminggu sekali gaji? he he he

tapi 2 kali seminggu pun, 4 kali ke kuasa beli sama jugaknya gorgon. masyarakat yang kena berubah, kena berjimat (maknanya bukan tak beli tapi beli atas keperluan prokduktif)

selamat syok...tapi ingat, kalau ada peluang help each other. he he he.

Anonymous said...

salam...kalau nak ikutkan sistem gaji kat UK ni memang camtu...aku tak keje cam korang...hebat2 blaka..seme psyarah...aku keje cleaner je..gaji dibyr 2 minggu sekali...baru2 ni ada ura2 majikan baru nak byr gaji sebln skali..melenting seme pekerja..terbalik plak kalu kat msia...skang ni aku keje kat parcel sorter..ni lagi syok..gaji dibyr seminggu skali...maknanya setiap minggu dapat gaji...slip gaji bersepah kat umah ni...wlaupun baru keje dekat 10bln...

rasanya seme negara maju dah buat sistem gaji mcm ni kot...tu pasallah msia nak ikut tu...tapi yg jadi masalahnya..msia nak tiru separuh2..tiru mana yg menguntungkan saja...nak bg gaji 2minggu skali lah...tapi tahap gaji taknak ikut plak...gaji minimapun taknak bagi..kan kesian kat pekerja swasta...satu lagi,kat sini keje dikira ikut jam..satu jam minima payment dia 5.52pound...itu yg aku tau ler...

buat jankaulu..pluang sentiasa ada..mehlah sini...

Mc Zue said...

madier... bukan tak bagus plan yang dibuat oleh pak lah..problemnya di buat secara drastik..macam di Uk telah lama dilaksanakan dan setiap mereka yg berada di sana hanya perlu mengikut sahaja..

jankaulu..masyarakat malaysia agak sukar untuk mengubah cara hidup mereka...besar kerak besar la periuknya.. pepatah yang sering dibawa kemana-mana