Tuesday, June 17, 2008

Adam 0 Adam....

Hari ni on the way nak pergi kerja telinga asyik layan radio Hot Fm je.... Best gak dengar celoteh farah fauzana and faizal ismail...( pasangan DJ yang serasi ) tapi sedang aku layan hot Fm adanya terselit berita terkini yang berlaku di Malaysia..dan berita yang menarik fikiran aku adalah mengenai kaum lelaki yang kini semakin pupus di IPT... ianya diperakui sendiri oleh naib Cancelor UPSI yang mana maklumat ini telah dibuat penyelidikan secara terperinci...Ke mana hilangnya golongan lelaki?????? menurut TNC ini juga sebanyak 70% guru-guru yang berada di Malaysia adalah terdiri daripada golongan kaun hawa...ianya amat menyedihkan. Ini bermakna hanya 30% sahaja guru dipelopori oleh kaum Adam. Sedangkan apa kita maklum adalah kaum lelaki merupakan tunggak untuk pembangunan negara...Seperti yang kita maklum kebanyakkan kaum lelaki lebih berminat dengan sektor perindustrian dan lebih kepada kemahiran namun apa yang menyedihkan kursus-kursus kemahiran yang ditawarkan di universiti tempatan seperti UiTM UTM, UPM dan sebagainya telah dipelopori oleh kaum hawa..situasi ini amat membimbangkan. Dengan tercetusnya berita ini maka pihak radio Hot Fm telah mengambil kesempatan dengan menjadikan ini sebagai topik bagi perbincangan pagi di HOt Fm...

1 comment:

Mata Hati said...

isu ni kita pernah bincang dulu dengan lawyer kita fuzah. Dia kata statistik kelahiran menunjukan bayi lelaki lahir lebih ramai daripada perempuan tetapi mereka terjerumus kepada aktiviti tidak sihat spt dadah, jenayah, rempit lepas tu mati dll.