Wednesday, August 20, 2008

KeNaNGaN RaMADHan..








20.08.2008 tarikh yang dianggap cantik oleh semua orang..bagi yang nak kahwin nak ambil tarikh tu untuk akad nikah ...bagi yang nak bertunang pun sama... bagi yang baru nak berkenalan nak ambil tarikh ni untuk 1st date bagi aku nak la semua tu tapiiii mimpi di siang hari jer la sebabnya tinggal beberapa jam jer lagi sebelum masuk ke tarikh selepasnya.. hehehe.. apa yang boleh aku buat ialah tarikh ini dijadikan tarikh untuk aku tulis sesuatu untuk update blog aku selepas 2 minggu blog ini tak terupdate.. kira ok apa..kikiki.. tapi rupanya tak berkesempatan juga..nukilan telah dibuat tapi tak sempat nak post...sukiman siap telefon bertanya "zue bila mu nak update blog ni" alasan yang aku bagi biasa la..BZZZZZ..so hari ni aku nak citer sikit pasal RAMADHAN....






Cepatnya masa berlalu...rasanya baru saja menyambut hari raya..baru jer rasa makan ketupat dan rendang... baru jer rasa main bunga api dengan sepupu walaupun usia dah hampir ke tengahari..sedar tak sedar tinggal 10 hari jer lagi RAMADHAN menjelma.. di televisyen kalau dah "YUSOF TAIYOOB" sibuk mengiklankan buah kurmanya maka dah tak lama lagi la umat islam akan menyambut hari raya...Sebelum sambut hari raya yang penting bagi kita yang usianya dah sampai ke tengahari ni ialah nak lalui bulan puasa..masa tu la kita akan menjelajah semua bazar ramadhan yang ada ( bak kata d6) bukan nak membeli tapi cuma untuk mencuci mata..( jgn salah anggap tengok kuih tau)...malamnya pula akan ke surau untuk menunaikan solat tarawih.. masa kecik2 dulu suka sangat ke surau dengan geng2 seangkatan bukan nak sembahyang tapi nak makan kuih yang disediakan di surau beserta dengan air teh o dan kopi o..hehehe..


setiap kali bulan puasa ia akan mengingatkan aku pada arwah abah..arwah merupakan seorang imam di kawasan perumahanku..( anak tak berapa nak imam hehehe) maka setiap malam dia yang akan mengimamkan sembahyang tarawih..pada tahun pertama dia tinggalkan aku sekeluarga air mata aku tak berhenti2 bercucuran bila sembahyang tarawih tambahan pula bila makcik2 di surau sering menyebut "teringat pada arwah jadi imam" pada satu tahap aku boleh berangan yang dia sedang mengimamkan kami ketika itu... yang paling aku ingat ialah bila aku kekenyangan( iblis yang dicipta oleh aku sendiri.. hehehee) mula la menghasut jangan pergi terawih..tapiii. iman aku kuat lagi aku tetap pergi cumanyaaa aku pesan pada arwah "Abah malam ni baca surah yang pendek2 jer la ya.. hehehe"





Selain dari pergi sembahyang terawih aktiviti yang sering dibuat oleh teman2 sepejabat ialah majlis berbuka puasa.... pernah satu waktu tu kami berbuka di Tanjung lumpur perarakan kereta dari pekan ke kuantan...walaupun perarakan kereta itu hanya la melibatkan 2 atu 3 buah kiranya itu juga di panggil perarakan la kan.. kikiki... tapi itu dulu sekarang organizernya dah terbang jauh ke negara orang.. kikiki ( madier)...namun begitu aktiviti ini tetap juga di teruskan oleh sahabat baiknya...(yang mula2 mengajar kami buat blog.. D6) dan tentunya Ustaz madi akan hadir untuk membacakan doa..telah dilantik sejak azali.....


Itulah serba sedikit kisah kenangan RAMADhan... ( panjang lagi ctrnya cuma bimbang orang bosan untuk baca..hehehe ) namun semua itu tinggal kenangan.. Walaupun isinya kenangantapi yang penting dia tak boleh di jual beli...untuk mereka yang membaca nukilan ini SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL- MUBARAK..SEMOGA RAMADHAN KALI INI DIBERKATI OLEH ALLAH S.W.T.....Yang Jauh di perantauan ( madier, Mc P, sukiman ) jangan lupa kami di Malaysia.. dan pada mereka yang berada di Malaysia ( ksp) semoga aktiviti seperti ini dapat kita teruskan lagi.....


Thursday, August 14, 2008




"Jangan tertarik kepada seseorang kerana parasnya sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya kerana kekayaan dapat memusnahkan. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, kerana hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah. Semoga anda menemukan orang seperti itu."