Thursday, January 29, 2009

PuRe SPA...






Sekejap jer masa berlalu.. bila di tengok semula album gambar teringat pulak gambar yang di postkan ini.. yang mana semua staff telah menghadiri satu kem "Team Building" di Taman Pertanian.. memang best la waktu tu..sama2 menghadapi segala rintangan untuk menyelesaikan tugasan yang diberi.. kalau boleh la nak di ulang jer waktu tu.. tapi itu la kenangan...ianya boleh di ulang cuma tidak akan sama seperti yang pernah di lalui...gambar ni ketika kami semua mengharungi lumpur untuk sampai ke seberang.. fuhhhhhh punya la penat + letih + kelakar untuk mengharunginya.. tetapi bestnya tak terkata.. masa ni semuanya sama... habis jer mengharungi lumpur tu baju, seluar n kasut rendam 7 hari pun tak tanggal selutnya.. apa lagi buang jer la jawabnya... hehehe.. 'KEnganGan TerIndaH"

Thursday, January 22, 2009

PoCo2 PeRdANa







16 Jan 2009 seluruh warga kolej telah melibatkan diri dalam POCO2 Perdana yang diadakan oleh pihak JPM..termasuk lah saya.. hehehe.. sebelum ni memang tak pernah menari POco2 ni sehinggalah tarikh tersebut.. rupa2nya tarian POco2 ni memang mengasyikkan dan perlu mempunyai skill yang betul.. salah skill maka akan lari la step yang kita buat...dari pemerhatian yang dibuat pelajar2 juga turut terhibur dan begitu gembira sekali.. Kawan saya yang selama ini memang tak suka dengan aktiviti seperti ini sama2 naik tocang untuk memeriahkan suasana.. sapa lagi kalau bukan Anis marketing.. hehehe..semoga aktivit seperti ini dapat diteruskan lagi untuk sama2 mengeratkan silaturahim di kalangan kakitangan dan juga pelajar...

Monday, January 12, 2009

KLcc




Tersegam indah KLCC ni.. tak sangka ya dalam kita asyik agung2 kan negara luar sebenarnya Malaysia ni banyak bangunan yang best dan cantik.. salah satunya Menara Petronas KLCC.. salah satu mercu tanda Kuala Lumpur... Hari Sabtu baru ni ada kesempatan ke sana itu pun pergi disebabkan kerja.. Ikut Pengurus Pemasaran... siapa lagi Anis la......Tujuanya ialah pergi buat lawatan ke Kuala Lumpur Convention Centre tengok pameran daripada kolej2 yang ada di Malaysia termasuk la International punya kolej.. yang bestnya selama ini saya tak tahu pun kewujudan kolej2 tersebut..satu pengalaman yang menarik... betapa kreatifnya mereka membentuk booth mereka.. yang paling bestnya siap buat tangga seolah2 macam duduk di atas pokok... dan di kemuncaknya sesiapa yang ingin mendapatkan info boleh menikmati permandangan di dalam hall tersebut....Ada 3 hall yang dilawati... penatnya tak terkata...setiap kolej seolah2 berperang dengan warna, kreativiti dan bermacam pendekatan di gunakan untuk menarik minat pelawat yagn datang untuk mendapatkan info berkenaan dengan kolej yang bersesuaian dengan kelayakkan mereka.... IPTA turut sama-sama joint dalam pameran pendidikan ini seperti UIA, UM UiTM, UTM dan macam2 lagi.. Universiti tempat En Sukiman bekerja juga turut terlibat iaitu UNITEN... hehehe..


Habis waktu bekerja kami mencari tempat untuk mengisi perut yang lapar... paling dekat ialah di Food Court KLCC....dah tak pandang kiri kanan kami semua makan.. maklumlah lapar yang tak terucap...di kesempatan tu juga kami ada mengambil gambar untuk kenang-kenangan...






Thanks Anis sebab bagi satu pengalaman yang menarik... next time kalau ada lagi boleh la jemput lagi ya..Penat belakang kira yang penting happy...








Tuesday, January 6, 2009

X ke 2

hmmmm kalau D6 sibuk sekarang ni.. saya lagggggiiiii sibuk... tapi untuk tidak menghampakan mereka yang dah tag saya ni maka saya cuba sedaya upaya untuk menjawabnya...

10 weird things/habits/little known facts about me.
1. Suka g leypark kedai cik yah..
2. suka tolong cikyah berniaga.. buat air dan baca bil..
3. nak jaga perasaan orang tapi menyebabkan perasaan sendiri yg terguris..
4. tak pandai nak marah orang takut orang kecik hati
5. kalau minta tolong sesuatu pada orang tapi kalau dia tak boleh buat dah tak minta tolong dah lepas tu.. rela buat sendiri.
6. suka bercakap /berborak dan g berjalan2 kat tempat kawan2..
7. suka tengok citer hindustan
8. peminat rosyam noor.. hehehe ( lakonan dia jer)
9. Suka beli barang tanpa di rancang
10. paling suka kumpul sandle n selipar....

fuhhhh.... lega...siap akhirnya....tq d6 sebab blog ni telah di tag.. sekurang2nya untuk bulan ni ada input untuk diupdate.. hehehe.. dengan itu saya ingin tag Anis pula.. selamat menjawab ya..