Show all posts
Showing posts with label saya. Nurul. Show all posts

Friday, October 10, 2008

WeDDiNg UmI.



RaYa Ke 3 baru-baru ni cousin saya Kahwin..Jodohnya orang Johor..Alhamdulillah terbina sebuah lagi Masjid.. Cousin saya ni memang close dengan saya dan ada seorang lagi yang sekarang ni bekerja di sarawak..mereka semua disebelah arwah abah saya.. yang membuatkan kami semua rapat ialah perbezaan umur kami tidak begitu jauh..Umi merupakan anak bongsu dari 3 orng adik beradik.. time raya n time kenduri la waktu yang paling best sebab kami akan berkumpul dengan semua saudara mara yang ada..masa tu la boleh kenal yang kecik yang besar, anak teruna, anak dara, dan sebagainya... menu yang dihidangkan masa kenduri umi ialah nasi putih, ayam percik, gulai kawah daging, sambal belacan, ikan kering, acar timun, singgang daging dan tak lupa air sirap serta buah tembikai sebagai pencuci mulut...bukan sahaja dijamu dengan makanan umi juga turut memberi "SISA"( bahasa orang kelantan) kepada orang yang datang ke kenduri nya.. "SiSA" kalau diluar daripada pantai timur ialah buah tangan/cenderamata. "SISA" yang umi bagi ada pelbagai jenis barang yang mana ia letakkan dalam satu beg kertas ( telur, coklat, nasi manis, mufin dan juga kotak kecil yang diperbuat daripada tikar yang boleh isi kerongsang.) Bagi saya yang menariknya beg kertas tu ada tertera gambarnya dan pasangannya yang bertulis "KENDURI KESYUKURAN".. itu ialah hasil kreatif pasangannya merekabentuk beg kertas itu...nama pasangannya ialah Razali juga dikenali dengan nama Bob... Bob seorang photographer dan juga designer yang profesional.. hehehe lepas ni tanggungjawab bob la plak untuk create something pada saya ya... Kenduri kahwin umi itu ialah kenduri kesyukuran yang mana menjamu para tetamu. Selalunya kalau sebut pasal kenduri kahwin tetamu yang datang akan memberi sedikit saguhati berupa duit kepada tuan rumah tetapi apabila disebut kenduri kesyukuran tetamu tidak perlu memberi saguhati itu. Di sana selalunya tetamu akan memberi gula, susu, beras kepada tuan rumah sebagai membalas ucapan terima kasih kerana menjemput mereka untuk hadir ke kenduri kesyukuran.. Ianya masih dipraktikkan oleh orang yang berada di kampung...
Untuk UmI Thasni DAN RaZaLi.. Selamat Pengantin BAru.. Semoga Kekal hingga Hujung Nyawa...