SG EMAS??? tak pernah dengar kan nama tu... hmmm kalau KUALA KENAU tu pernah la dengar... rupa2nya
SG EMAS tu tempat untuk berkelah yang amat cantik... kawasannya ialah di sekitar Sg LEmbing..memang menarik la.. 15hb feb baru2 ni saya, ma, tok ma endun, kak ja dan keluarga serta kakak ipar dan anak saudaranya pergi ke
Sg Emas untuk merehatkan minda, berkelah, mandi manda dan BBQ... seronoknya.. maklum la sekali sekali merehatkan minda dan badan yang selalu sahaja sibuk dengan kerja2 yang memang tak pernah habis.... kami per

gi selepas waktu zohor sebab kalau tengah hari kawasan di situ agak panas.. nak sampai ke
SG EMAS kami akan melalui perkampungan orang asli.. dapat la kami lihat rumah2 mereka... tapi zaman dah berubah banyak juga la rumah2 orang asli ni tidak seasli dulu... mereka dah duduk di rumah batu yang dipanggil sebagai PPRT... tapi.. wajah dan kulit mereka tidak berubah masih lagi boleh dikenali dan dapat membezakan antara satu sama lain terutama dengan orang kita.... hehehe...jarak dari jalan utama ke sg emas kira2 20minit.. jalannya ya allah kecik dan agak berliku.. mula2 rasa macam sesat ajer.. maklumlah tak pernah sampai...tapi minda akan tenang sebab disekelilingnya pokok2...sejukkkk jer... kami p

ergi dengan 2 buah pajero....kata Abg Man suami kak ja
kawasan ini masih belum dikenali lagi..( Berdara tau)..kebanyakkan yang datang dan tahu tempat ini ialah geng2 4x4..saya ni hanya tumpang sekaki jer... dah ada peluang apaaa lagi.....ya tak? Sesampai jer di destinasi saya kagum melihat kawasanya...pada saya memang cantik dan airnya sangat sejuk...yang mengagumkan saya ialah batu2 sungai yang ada..pelbagai saiz...kecik ada, besar ada, leper ada, bulat ada dan macam2 bentuk lagi... saya dan ma ada juga ambil untuk di

bawa balik yang
bertujuan untuk di letakkan di KUBUR ABAh... tapi dah minta izin ya....
Sedang kami menikmati juadah yang dibawa... hujan turun...percikan air hujan di sungai tu memang cantik....berkilau macam ada berlian dalam air sungai tu...kagumnya dengan ciptaan ALLAh.. Lupa nak beritahu juadah makanan yang dibawa ialah ( nasi putih +ikan aya singgang+ ikan kerisi goreng+budu+gulai ayam kampung+ulam-ulaman+mee hoon goreng+keropok goreng+makanan ringan+buah tembikai+minuman+ ayam dan daging bakar..) semuanya makanan kampung...saya yang paling terliaur ialah singgang ikan aya tu la hehehe...
Kira2 jam 6.15 petang kami bertolak balik ke rumah...sebuah2 kerete beransur pulang...Sekurang2nya aktiviti minggu ini dapatlah merehatkan fikiran.. SG emas insyaalah ada rezeki saya akan datang lagi...