Friday, June 27, 2008

MaDiEr...

p/s untuk MAdier sahaj ok..hehehe...:- D ini gambar yang aku berkenan.. ko tolong check kan ya.. kalau boleh tgk harga, patern dia taknak bulat tapi ader lekuk2 sikit.. maknanya kalau bentuk dia 4 segi ker lagi bagus...kalau boleh satu set + pinggan nasi, mangkuk lauk, cawan n piringnya.. kira semua satu set.....







Wednesday, June 25, 2008

KaWAn...



1)kawan tu bkn mcm maen FUTSAL. Mula-mula kejar..dah dapat sepak..
2)kawan tu bkn mcm maen SKATE. Mula-mula gosok..lepas tu pijak..
3)kawan tu bkn mcm maen RAGBI. Mula-mula tangkap.. dah dapat tendang..
4)kawan tu bknnya mcm PAMPERS.. dah pakai, buang..
5)kawan tu bknnya mcm BARANG KEMAS. Waktu baru beli pakai. Dah sengkek gadai.
6)kawan tu bkn mcm PELANGI. Hari cerah takde..hujan gerimis baru muncul..
7)kawan tu bkn mcm KERETA. Rosak skit,jual.. ambik kereta baru..
8)kawan tu bkn mcm CHIPSMORE.. skejap ade skjp tak..
9)kawan tu bkn mcm BANK. Bila dah takde duit, pegi kat sana ambik.

Walau ape pun tanggapan org tentang kawan.. bagi saya, kawan tu penting. Seorang kawan takkan biarkan kawan dia menangis, sedih, berduka dan sebagainya. Kawan yg sejati adalah seorang kawan yang dapat diajak duduk dan berbincang tentang pelbagai perkara. Yang penting, seorang kawan akan sentiasa menghadiahkan senyuman kpd kawan-kawannya.. :)

Nasihat Imam Syafie mencari TEMAN ketawa memang mudah dicari, tetapi teman menangis tiada siapa yang sudi. Memang benar sukar mencari erti persahabatan sejati. Hanya mereka yang benar-benar bersahabat dengan hati tulus dan ikhlas dapat mencari erti persahabatan tulen.....

SIApakah Yang Sudi Menjadi Sahabatku????

Akhirnya.....Alhamdulillah Aku bersyukur kerana ALLAH telah menemukan aku dengan dengan seseorang yang boleh aku PaNGGiLNYa SaHaBat... Kerana dia boleh menerima aku seadanya, kerana dia boleh bertahan dengan sikapku, kerana dia sering sejalan denganku, kerana dia sering menjaga nama baikku, kerana dia sahabat yang tidak luntur baiknya dalam suka dan duka, kerana dia sering mendengar masalahku, kerana dia sering menasihatiku, kerana dia boleh berkorban apa sahaja untukku, kerana DIA aku di panggil MAMA oleh anak2nya, kerana dia juga aku tidak merasa kekurangan.... TeRImA KaSiH ZaLiNaWatI....keRana Sudi Menjadi Sahabatku... Semoga persahabatan ini akan terjalin Hingga Hujung Nyawa........

25 Jun 1978....





25 Jun 1978....Lahirlah seorang baby perempuan yang comel yang diberi nama NorHaNisah Bt Abd HaMiD di pekan Pahang...So hari ni genap lah umur Anis 30 tahun... dalam usia sudah suku abad ini anis telah pun mempunyai keluarga sendiri...Suami nya Radzi dan anaknya yang comel Puteri Adriana telah melengkapkan hidup Anis.. SeLamaT Hari Lahir Sahabat.. Semoga Allah Merahmati Hidup ko seKeluarga dan MemberkatiNya.. Jadi lah Anak yang Di banggakan, Isteri yang Solehah, Ibu yang Penyayang dan SaHaBat yang SeJati.... Ini lah HadiAh dari Aku...hehehe...... "HaPPY BiRthDaY"




Haaa....IniLah Puteri Kesayangan Anis Dan Adik Radzi..."Puteri Adriana" Cute kan.. suara dia sebiji suara Anis.. kuat berleter ... kehkehkeh macam Anis la...

Tuesday, June 24, 2008

ArGHhhhhhh......

Hari ini aku terima berita yang tak best lagi... 2 minggu lepas berita tentang yana, linda shahrir, usop akan tinggalkan ksp dan melangkah ke tempat yang rumputnya lebih hijau ( petikan kata2 En.Kamal) iaitu POliteknik Sultan Haji Ahmad Shah... walapun tempatnya tidak jauh namun kehilangan teman2 tetap juga terasa..Hari ni berita tentang Amli pula akan tinggalkan KSP... Dalam tempoh beberapa hari lagi Amli akan di kenali sebagai Pensyarah Uitm... Alhamdullillah rezekinya telah sampai...berkat daripada kesabaran yang dia lalui selama ini ( bak kata D6)... lepas sorang..sorang kawan2 lama akan tinggalkan Ksp....tak lama lagi kawan sebelah aku ni akan menyusul.. semoga ada rezeki untuknya... tinggal lah aku dan beberapa teman yang lain ( Mc P, kak ja, ida, azwa, wani , kak anum, kak z, kak ina library, ma, anis mktg....... hilangla seri teman2 dari PEKAN.....kepada kawan2 yang akan pergi selamat berjuang di tempat baru... jadi la staff yang dibanggakan...untuk teman2 yang masih tinggal.. selamat berjuang di sini. (:-(