Tuesday, September 23, 2008

Wednesday, September 10, 2008

WaNiTa...



CANTIK WANITA KERANA KEJERNIHAN WAJAH,
MANIS WANITA KERANA SENYUMAN YANG INDAH,
AYU WANITA KERANA KESEDERHANAAN LAHIRIAH,
HEBAT WANITA KERANA KETABAHAN DAN kESABARAN DIMATA UMMAH....


Wanita merupakan idaman setiap lelaki....wanita juga merupakan pelengkap dalam kehidupan berumah tangga... hARGAILAH MeReka Kerana wANITA bEGITU BeRmAkNA...

Wednesday, August 20, 2008

KeNaNGaN RaMADHan..








20.08.2008 tarikh yang dianggap cantik oleh semua orang..bagi yang nak kahwin nak ambil tarikh tu untuk akad nikah ...bagi yang nak bertunang pun sama... bagi yang baru nak berkenalan nak ambil tarikh ni untuk 1st date bagi aku nak la semua tu tapiiii mimpi di siang hari jer la sebabnya tinggal beberapa jam jer lagi sebelum masuk ke tarikh selepasnya.. hehehe.. apa yang boleh aku buat ialah tarikh ini dijadikan tarikh untuk aku tulis sesuatu untuk update blog aku selepas 2 minggu blog ini tak terupdate.. kira ok apa..kikiki.. tapi rupanya tak berkesempatan juga..nukilan telah dibuat tapi tak sempat nak post...sukiman siap telefon bertanya "zue bila mu nak update blog ni" alasan yang aku bagi biasa la..BZZZZZ..so hari ni aku nak citer sikit pasal RAMADHAN....






Cepatnya masa berlalu...rasanya baru saja menyambut hari raya..baru jer rasa makan ketupat dan rendang... baru jer rasa main bunga api dengan sepupu walaupun usia dah hampir ke tengahari..sedar tak sedar tinggal 10 hari jer lagi RAMADHAN menjelma.. di televisyen kalau dah "YUSOF TAIYOOB" sibuk mengiklankan buah kurmanya maka dah tak lama lagi la umat islam akan menyambut hari raya...Sebelum sambut hari raya yang penting bagi kita yang usianya dah sampai ke tengahari ni ialah nak lalui bulan puasa..masa tu la kita akan menjelajah semua bazar ramadhan yang ada ( bak kata d6) bukan nak membeli tapi cuma untuk mencuci mata..( jgn salah anggap tengok kuih tau)...malamnya pula akan ke surau untuk menunaikan solat tarawih.. masa kecik2 dulu suka sangat ke surau dengan geng2 seangkatan bukan nak sembahyang tapi nak makan kuih yang disediakan di surau beserta dengan air teh o dan kopi o..hehehe..


setiap kali bulan puasa ia akan mengingatkan aku pada arwah abah..arwah merupakan seorang imam di kawasan perumahanku..( anak tak berapa nak imam hehehe) maka setiap malam dia yang akan mengimamkan sembahyang tarawih..pada tahun pertama dia tinggalkan aku sekeluarga air mata aku tak berhenti2 bercucuran bila sembahyang tarawih tambahan pula bila makcik2 di surau sering menyebut "teringat pada arwah jadi imam" pada satu tahap aku boleh berangan yang dia sedang mengimamkan kami ketika itu... yang paling aku ingat ialah bila aku kekenyangan( iblis yang dicipta oleh aku sendiri.. hehehee) mula la menghasut jangan pergi terawih..tapiii. iman aku kuat lagi aku tetap pergi cumanyaaa aku pesan pada arwah "Abah malam ni baca surah yang pendek2 jer la ya.. hehehe"





Selain dari pergi sembahyang terawih aktiviti yang sering dibuat oleh teman2 sepejabat ialah majlis berbuka puasa.... pernah satu waktu tu kami berbuka di Tanjung lumpur perarakan kereta dari pekan ke kuantan...walaupun perarakan kereta itu hanya la melibatkan 2 atu 3 buah kiranya itu juga di panggil perarakan la kan.. kikiki... tapi itu dulu sekarang organizernya dah terbang jauh ke negara orang.. kikiki ( madier)...namun begitu aktiviti ini tetap juga di teruskan oleh sahabat baiknya...(yang mula2 mengajar kami buat blog.. D6) dan tentunya Ustaz madi akan hadir untuk membacakan doa..telah dilantik sejak azali.....


Itulah serba sedikit kisah kenangan RAMADhan... ( panjang lagi ctrnya cuma bimbang orang bosan untuk baca..hehehe ) namun semua itu tinggal kenangan.. Walaupun isinya kenangantapi yang penting dia tak boleh di jual beli...untuk mereka yang membaca nukilan ini SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL- MUBARAK..SEMOGA RAMADHAN KALI INI DIBERKATI OLEH ALLAH S.W.T.....Yang Jauh di perantauan ( madier, Mc P, sukiman ) jangan lupa kami di Malaysia.. dan pada mereka yang berada di Malaysia ( ksp) semoga aktiviti seperti ini dapat kita teruskan lagi.....


Thursday, August 14, 2008




"Jangan tertarik kepada seseorang kerana parasnya sebab keelokan paras dapat menyesatkan. Jangan pula tertarik kepada kekayaannya kerana kekayaan dapat memusnahkan. Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, kerana hanya senyum yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah. Semoga anda menemukan orang seperti itu."




Tuesday, July 29, 2008

OnE DaY B4


Makan lagiiiii... kikiki.. hari ni mc p ada buat makan lagi sempena dia nak berhenti...so apa lagi orang dah bagi makan kitaorng pun makan jer la...menunya ialah pulut kunig + rendang ayam + kuih cara berlauk + puding buah campur ( buah anggur + pisang + buah dalam tin + kismis + biji gajus) di tambah pula dengan buah-buahan tempatan yang d6 bawa manggis dan juga rambutan.... sedappppppnyaaa... kata kak ja punya la ramai orang datang untuk menjamu selera sampai bersesak kat lorong kitaorang...sayangnya masa tu pengganti Lady D ni g kelas...so tak dapat la nak capture gambar untuk tontonan korang especially SUKIMAN ( MAt Jiwa-Jiwa )hehehe...

Esok last day mc p di kolej... tengok la wajah dia tu.. nak kata sedih tak sedih.. nak kata suka pun tak suka.. tak boleh nak kenal pasti riak muka dia....agak2nya la dia tengah merenung jauh masa depan dia di tempat baru..."macam mana la aku kat sana nanti + Penyu Menangis Tak Siapa Yang Tahu...." katanya dalam hati...

Monday, July 28, 2008

DaLaM KenaNGaN...



Tinggal 2 hari je lagi Mc p nak tinggalkan kitaorang semua, so pada 25 julai hari tu kitaorang pergi ke KFC area pasar untuk makan2... kiranya buat farewell party la.. best jugak sambil makan sambil berborak...riuh sekali cari orang untuk capture gambar kitaorang ( pengganti Lady D kan)..... maklumlah sekarang ni apa sahaja aktiviti yang dibuat mesti nak di masukkan dalam blog.. hehehe.. aktiviti macam ni selalu kitaorang buat tapi... kadang2 tak bertujuan apa2 pun.. just untuk mengeratkan ikatan ukhwah sesama kita.. waktu yang paling best ialah hari jumaat waktu orang pergi sembahyang jumaat ( untuk kaum hawa ).. kalau dulu sering juga buat makan2, pergi picnic, majlis berbuka puasa( untuk kaum hawa + kaum adam ) dan banyak lagi.. rindu pulak saat2 macam tu...terutama waktu g berbuka puasa di tanjung lumpur.. ( madier organizer).. rinduuuunyaaa la.. untuk mereka yang dah pergi ( madier, hada, noni, sukiman, jajan, amli, fuzah, mala, bobo, yana, linda, afzan, ustaz ahmad fazullah,lokman,anas, imad, kak fieda, solihah, shahrir, mok king dan ramai lagi tak terbilang rasanya.... harap kenangan dulu2 masih lagi dalam ingatan korang ya...

Wednesday, July 23, 2008

SoHornya PaSar SiTi Khadijah...






Pasar Besar Siti Khadijah memang tersohor kerana perniagaanya dimonopoli oleh kaum HAWA sejak dahulu lagi.. Nama asal Pasar Besar Siti Khadijah ialah Pasar Besar Buluh Kubu sebelum ditukar sebagai tanda penghormatan kepada usahawan wanita.

Pasar yang terletak di tengah bandar Kota Bharu itu memudahkan orang ramai terutama para pelancong dari luar Kelantan untuk membeli pelabagai barangan keperluan harian sama ada sayuran, buah-buahan, ikan hinggalah kepada pakaian dan kraftangan.

Pasar ini mempunyai empat itngkat dan berbentuk segi lapan dengan mengkhususkan barangan basah di tingkat bawah. Tingkat satunya dikhususkan kepada barangan makanan kering seperti serunding iaitu sejenis makanan orang kelantan yang sangat terkenal dengan panggilan "sambal daging". Di situ juga turut dijual pelbagai makanan tempatan seperti ayam, ikan dan perut percik, nasi kerabu, nasi berlauk sotong dan udang besar, nasi dagang, laksam, somtam dan yang paling "best" nasi sup ( nasi putih + sup perut or daging + sambal belacan + timun + teh ais pergghhhh).

Selain dari itu juga, kuih tradisional kelantan seperti tahi itik, akok, jala mas, buah tanjung, serabe, tepung pelita dan pelbagai kuih turut dijual manakala di tingkat dua dan tiga untuk barangan bukan makanan seperti rempah ratus, periuk belanga, toto dan pakaian ( kain pasang+baju batik).

Pasar ini dibuka setiap hari bermula seawal jam 8 pagi hingga 5 petang. Di samping itu juga pasar ini turut menyediakan kemudahan yang membolehkan para pelancong tidak lupa menunaikan tanggungjawab kepada yang esa iaitu surau. Kalau di luar daripada kelantan kecuali Melaka agak sukar untuk mendapatkan beca tetapi di luar pasar ini telah tersedia deretan beca yang menunggu para pelanggan untuk bergerak ke sesuatu tempat yang lain.

Maka Tidak hairanlah ramai pelancong ke kelantan akan memilih berkunjung ke pasar ini kerana keunikannya yang tersendiri dan ianya merupakan agenda wajib apabila datang ke negeri Kelantan. Kepada meraka yang masih belum sampai ke negeri kelantan maka carilah peluang untuk sama2 merasakan keunikan Bandar yang di gelar " Bandar Serambi Mekah" ini......