Wednesday, July 23, 2008

SoHornya PaSar SiTi Khadijah...






Pasar Besar Siti Khadijah memang tersohor kerana perniagaanya dimonopoli oleh kaum HAWA sejak dahulu lagi.. Nama asal Pasar Besar Siti Khadijah ialah Pasar Besar Buluh Kubu sebelum ditukar sebagai tanda penghormatan kepada usahawan wanita.

Pasar yang terletak di tengah bandar Kota Bharu itu memudahkan orang ramai terutama para pelancong dari luar Kelantan untuk membeli pelabagai barangan keperluan harian sama ada sayuran, buah-buahan, ikan hinggalah kepada pakaian dan kraftangan.

Pasar ini mempunyai empat itngkat dan berbentuk segi lapan dengan mengkhususkan barangan basah di tingkat bawah. Tingkat satunya dikhususkan kepada barangan makanan kering seperti serunding iaitu sejenis makanan orang kelantan yang sangat terkenal dengan panggilan "sambal daging". Di situ juga turut dijual pelbagai makanan tempatan seperti ayam, ikan dan perut percik, nasi kerabu, nasi berlauk sotong dan udang besar, nasi dagang, laksam, somtam dan yang paling "best" nasi sup ( nasi putih + sup perut or daging + sambal belacan + timun + teh ais pergghhhh).

Selain dari itu juga, kuih tradisional kelantan seperti tahi itik, akok, jala mas, buah tanjung, serabe, tepung pelita dan pelbagai kuih turut dijual manakala di tingkat dua dan tiga untuk barangan bukan makanan seperti rempah ratus, periuk belanga, toto dan pakaian ( kain pasang+baju batik).

Pasar ini dibuka setiap hari bermula seawal jam 8 pagi hingga 5 petang. Di samping itu juga pasar ini turut menyediakan kemudahan yang membolehkan para pelancong tidak lupa menunaikan tanggungjawab kepada yang esa iaitu surau. Kalau di luar daripada kelantan kecuali Melaka agak sukar untuk mendapatkan beca tetapi di luar pasar ini telah tersedia deretan beca yang menunggu para pelanggan untuk bergerak ke sesuatu tempat yang lain.

Maka Tidak hairanlah ramai pelancong ke kelantan akan memilih berkunjung ke pasar ini kerana keunikannya yang tersendiri dan ianya merupakan agenda wajib apabila datang ke negeri Kelantan. Kepada meraka yang masih belum sampai ke negeri kelantan maka carilah peluang untuk sama2 merasakan keunikan Bandar yang di gelar " Bandar Serambi Mekah" ini......

3 comments:

Mata Hati said...

Nanti bila aku kelik kelate, aku akan gi makan nasi sup macam dulu. Sanggup tunggu meja kosong. G plak dengan motor huricane...Lucu-lucu

Aisy Faris & Aisy Fitri said...

ingat aku masa kat poli KB murahnya makan kat kelate...mahalnya kenangan kat sana ... rindu sangat dah lama tak pergi ...
Paparan kali amat menyentuh hatiku ...

Anonymous said...

mane la dpt gmbar pasar tu... tp ok la at least ada info psl KB kan..