Thursday, July 17, 2008

1996 till .......


Pejam celik pejam celik sekejap jer masa berlalu... rasanya baru jer aku tulis dalam blog kisah SAHABAt....HaRi ini 18 july 2008 tepat jam 2.45 petang sahabat aku Mc P telah mengantar surat berhenti kepada HR manager.. dan tak lupa dia telah membuat satu salinan untuk aku sebagai kenang-kenangan.. poyo kan???? dan itu merupakan keputusan yang muktamad setelah beberapa hari berfikir...Sukarnya untuk aku terima bahawa dia akan pergi tinggalkan kolej...tapi aku sedar masing2 telah pun mempunyai perancangannya sendiri... alhamdulillah Mc P mendapat tempat yang dia idam2kan selama ini...dan tempat itu sering menjadi iguannya dalam mimpi (sedari usia 16 tahun).. hehehe.. ( UiTM DUNGUN ) dan aku mengambil kesempatan di dalam blog ini untuk menulis sejarah persahabatan aku dan dia.. ( maklumlah zaman IT sekarang ni) ..

aku mula mengenali dia dari tahun 1996 sehingga kini (2008).. kalau dihitung masanya, waktunya aku rasa ianya terlalu lama...kira-kira aku bersahabat dengannya selama 12 tahun.. kalau dalam usia perkahwinan mungkin dah mempunyai anak 3 atau 4 orang.. kikiki... dalam tempoh persahabatan aku tu aku rasa aku dah cukup kenal dengan sikap dan peel dia...aku dan mc p mempunyai kegemaran yang berbeza dan mungkin di sebabkan perbezaan itulah yang membuatkan kami boleh bersahabat lama...

Aku sama2 menghabiskan diploma selama 3 tahun di poli Kb.. mc p org terengganu dan aku pulak duduk di ktn tapi org kelantan.. setiap kali balik bercuti kami akan sama2 balik ke kg menaiki bas yang sama cuma berhenti di tempat yang berbeza.. dia di Paka Terengganu dan aku di terminal Kuantan.. setiap kali nak balik ke poli pulak tugas aku la yang akan ambil tiket dan apabila sampai di Paka aku akan pastikan Bas berhenti untuk mengambil dia pula.. sebab tu la selagi aku tak sampai di Paka aku takkan tidur maklumlah takut bas terlepas untuk ambil dia.. hehehe.. habis belajar di poli dengan result semester 5 aku dan dia sama2 mintak Uitm..

Alhamdulillah kami dapat di Uitm yang sama iaitu Dungun dan kelas yang sama...So bila di Uitm kami masih lagi bersahabat.. termasukla LELA( adik ipar d6) dan Maria....habis di Uitm aku mendapat kerja di Gebeng dan Mc P bekerja di tempat dia praktikal (Paka)... tapi rezeki kami masih lagi bersama dalam bulan Mei 2002 aku bekerja di sebuah kolej di Pekan dan pada bulan Jun 2002 Mc p juga bekerja di tempat yang sama... dalam kami bekerja di sini kami berpeluang menyambung pelajaran ke peringkat MBA..... di situ lah persahabatan kami dengan rakan2 lain semakin rapat sedikit demi sedikit dengan D6, Madier, Normad, Imad, Anas, Lokman, kak fieda, Anis marketing, en.kamal dan kak amy ...

Pada mei 2003 dia melangsungkan perkahwinannya dengan jejaka pilihan hatinya...( Abu Bakar Bin Sidek) hehehe.. dan pada march 2004 melahirkan seorang bayi perempuan yang bernama NUR FATIMA EL ZAHRA... Manakala pada september 2007 NUR KHADEEJA SAFIA pula dilahirkan.. seperti yang aku pernah tulis dalam blog b4 ni kerana dia juga ANAK2nya memanggil aku MAMA.....
Dlam tempoh 6 tahun kami menjadi teman sepejabat maka pada 1 ogos 2008 merupakan hari terakhir dia di office...itu la serba sedikit kisah citer aku ngan Mc P...sebenarnya panjang lagi tetapi disingkatkan cerita ni nanti jemu plak kawan2 nak baca.. hehehe...

Ramai kawan2 tanya Zue tak sedih Ker? mahunya tidak sedih tetapi....... perjuangan tetap diteruskan....sebab Allah tahu apa yang terbaik buat kita... ..Bak Kata D6 dan k.Eja..."Aku dah Lama Rasa Mc..."
NA..... Doa aku semoga Mu Berjaya di sana kerana aku tahu itulah impian mu selama ni... aku pasti ini lah yang terbaik yang Allah berikan padamu....dan semoga panggilan MAMA oleh fatima dan khadeeja untuk aku akan kekal sampaiiii akhirnya....Nampaknya ...aku dah rasa apa yg mereka rasa....:-(

10 comments:

Unknown said...

So good......

Aisy Faris & Aisy Fitri said...

Kak zu pun ader peluang nanti , sedih pulak baca cetusan kali ni ...

Mata Hati said...

thanks ....sedih plak rasanya... tapi percayalah walau dimana jua kita tapi hati ini tidak pernah berubah.

Jankaulu said...

Tak semudah kau sangka
Melepaskan kau pergi
Hati yang meronta
Hampa kecewa
Ku tekad sembunyikannya
Dari pandangan mu....

Anonymous said...

hu..hu..hu.... sedih nya rasa.. tsntuh hati dan prasaan... walaupon baru mengenali mc p selama 7 tahun, namun perpisahan ini tetap meninggalkan kesan di hati....bwk2 byk bsabo tuk aku n mc zue.. mesti rindu giler kt fatima,tdengar2 suara memanggil aku..kak anis..kak anis.. tahniah buat p..semoga beroleh kejayaan di sana..

Anonymous said...

tinggal la aku n mc zue serta kawan2 lain disini...semoga pjg umur jumpa lagi... perjuangan n hidup harus diteruskan walau apa terjadi...

hisyamrahman said...

tersentuh hatiku biler melihat nukilan mu nie zue...semoga mcp mendpt apa yang dihajati dan berdoalah kita agar dia akan mencapai kejayaan yang diiginkan....

tapi se ju zue...bab hok kawin terberanak 4-5 orang tu...aku nak komen sikit....mu dok citer pasal kawin beranak...mu bile la nak kawin........

Anonymous said...

an: snyp x b'erti hilang, DIAM X B'ERTI LUPA, jauh x b'erti ptus, krn antra kita ada 1 pertalian....tau x talian aper?

madier said...

akupun terasa sebak zue....sabo2...

Anonymous said...

akhirnya mc zoo mu dah dpt erti sebuah PERSAHABATAN dimana ianya berbeza dari kawan dan teman....apa pun pemergian mc p akan kita rasai,walaupun avanzagold sendiri jarang bersua dan bertegur sapa...nescaya avanzagold akan kehilangan seorang lagi ADIK yang akan sentiasa di hati....come mc zoo....let's gone kata nabillll