Saturday, June 20, 2009

AnAk2 Didik OM114


Para Pensyarah OM114



Saya bersama Dayah....X student Om114...hehehe now dah jadi teman sekerja.. Ketua Mafia OM.. pandai menyanyi tau....



Para Pelajar Bersama Pensyarah malam Dinner OM114 di De Rhe Beach Resort



Saya Bersama Dee...juga x student.. tapi kini sealiran..hehehe ( Best Student OM114) 4x dapat
Anugerah Dekan.. berturut2 okey...
20 Jun 2009 ( Sabtu )

Ke kolej ari ni.. mengemas apa yang patut.. tidak lah nanti terkejar-kejar bila sampai waktunya...
sebak jugak rasanya.. di kolej bukan sendirian.. ada ida datang meneman.. hasmalina pun ada.. tapi sedang bekerja.. orang dari UiTm datang untuk interview student mass com yang baru... Hmmm mula2 tak tahu nak start kemas dari mana... banyak sangat... semua tu naskah yang aku kira amat berharga.. naskah yang asalnya dari pekan lagi.. tempat mula2 aku mengenali Kolej Shahputra.kalau hendak dihitung rasanya sudah hampir 7 tahun lebih ... sambil mengemas aku membaca komen2 student pada aku.. kelakar jer komen mereka..maklum lah takut nak komen lebih2...takut kena potong markah...komen mereka aku simpan dalam satu file....macam2 bentuk tulisan....siap ada gambar kartun la dan sebagainya...apa yang aku bangga dengan diri aku setiap nama yang tertera pasti aku boleh ingat kembali wajah mereka...maklumlah aku mula mengenali mereka start mereka di sem 1 lagi sehingga la tamat belajar di kolej Shahputra...contoh yang paling terdekat ialah Dayah & Dee...hehehe alhamdulillah mereka semua dah berjaya...dayah & Dee dah jadi pensyarah dan sedang sambung blajar buat MA...yang lain pun sama.. ada yang jadi pensyarah di UiTM, executive di MQA, di suruhanjaya komunikasi dan macam2 lagi la... apa yang best menjadi pensyarah ni ialah pelajar2 tak lupa akan jasa dan ilmu yang kita bagi... setiap tahun saya akan mendapat ucapan "Selamat hari Guru" dari mereka.. sebagai seorang pensyarah kejayaan pelajar2nya merupakan hadiah yang tidak ternilai ..Semoga ilmu yang kami berikan akan digunakan dengan sebaik2nya...dan ianya akan menjadi bekalan buat kami sebagai pensyarah iaitu pahala di akhirat kelak...

p/s Buat Abang Remy thanks banyak2 sebab abang pun tak pernah lupa wish Selamat Hari Guru buat Zue...

Thursday, June 18, 2009

Wajah2 di TeLuk CempEdAK



Ketua Mafia Om ni... dengan wajah yang Poyonya tu la buat bullet cair... perghhhhhhh



Tengok la wajah2 poyo kawan2 di Teluk Cempedak.. hehehe.. Dee gambar dee ter add 2x...Jangan mare..


Ieda penuh bergaya dengan hanset dan pinggannya yang sakit.. kikiki


Haa ni la mak buyung yang sedang menunggu hari... Skima la muka Ina..


DEE.. naper tu? hehehe..


Ibu kepada 2 orang anak... senyum macam tak ikhlas jer wani..


Coordinator praktikal... senyum ala2 malu gitu...dalam hati macam nak pandang jer kamera...tapi... maluuuuu...


haaaaaa... ni la owner blog ni.. amacam? kikiki

Wednesday, June 17, 2009

MeMoRi Di Sara Thai & TC












Teman, Kawan
, Sahabat, Rakan seperjuangan semuanya mempunyai maksud yang sama pada
akhirnya... mereka adalahorang yang boleh membahagiakan kita, membuatkan kita ketawa, happy dan macam2 la...Semalam saya bersama2 teman2 pejabat keluar bersosial bersama2 di Sara Thai Restoran ( ida, wawa, kak ja, dayah, dee ( nakal bangat dua orang ni..kalau tahu dari dulu banyak kena potong markah ni..), saparina, anis, wani n keluarga dan sani .. Hmmmm orang kata makanan di sara thai best.. tapi pada saya ok la.. kebanyakkan makanannya semua menggunkan nama2 di Thailand.. tak faham setabok kata org ganu.. hehehe.. saya just makan mee goreng.. happy keluar ngan kawan2.. coz dah lama tak keluar bersosial.. sedang sibuk menuggu makanan tiba2 kami semua ternampak artis terkenal yusri kru n stevent rahman.. melopong mulut dayah( hahaha) siap perasan tu yang yusri tengok dia.. Kejiiiii... nak bergambar la kunun...dayah.. dayah.. yang di dee dan wawa menunggu makanan yang dah 5 jam di order tak sampai2.. hehehe..saparina pulak makan tak pandang kiri kanan.. mak buyung ni lapa yang amat...saya, kak ja, anis, sani, wani n ida maintain...dayah pulak tak yah nak cakap la ngan muka poyo dia. dee plak asyik buat lawak bangladesh dia..hehehe ( jgn marah adik2 ku.. )

Kira2 dah hampir 2 jam kat sara thai kami atur plan gi ke TC pulak... sambil cuci2 mata bergambor la apa lagi... macam2 patern muka sorang2.. juara dah tentu si dayah yang sentiasa poyo tu.. ( jgn mare...) dah agak2 bosan kitaorang pun gerak nak balik umah.. tapiiiiii sempat lagi tu singgah mc donal makan ais kerim... aduhhhh best bangat....ada kisah di sebalik order ais kerim tu.. hehehetapi simpan jer la ya ida, wawa n kak ja.... tq ya belanja ais kerim...dah kenyang ngan ais kerim kitaorang pun berangkat la balik umah...

Untuk kawan2.. thank u keluar bersosial semalam.. tq juga sebab banyak tolong saya untuk program OM..untuk yang akan ganti saya SELAMAT BERJUANG DAN SELAMAT SAKIT KEPALA.. HEHEHEE...AKU MEMANG SAYANG KORANG SEMUA...kenal korang adalah perkara yang paling best.. dayah n dee selamat joint group bekas pensyarah korang..saparina selamat melahirkan 1st baby...kak ja thanks coz jadi kakak saya... ida sendiri mau ingat ya.. wawa teman yang selalu menemani aku...wani ko banyak tolong aku thanks byk2.. teman yang bekeluarga yang tak pernah tak joint kalau aku buat event... anis adik yang pendiam tapi penuh makna.. Sayang korang....sedihh wooooo dah 7 tahun lebih kat shahputra ni..










Wednesday, May 27, 2009

OM JuARa...

Fuhhhh dah lama tak berblog ni... bz sangat...tapi untuk kali ni cuba juga untuk mengupdate blog yang dah memang lama di tinggalkan.. untuk citer kali ni kisah OM jadi JUARA.. HEHEHE.. semalam( 27 mei 2009) di kolej ada satu Program Muhibah anjuran OM, UPM dan SR.. Bak kata dayah pertandingan 3 penjuru...Behhhh giler..penat, letih, suka, happy, sakit2 badan, semua la.. tapi memang release giler...Program ni saja di adakan untuk mengeratkan kakitangan akademik yang memang dah lama tak beriadah...alahamdulillah sambutan yang amat menggalakkan.. diantara aktiviti yang diajalankan ialah perlawanan futsal pensyarah lelaki dan juga futsal pensyarah perempuan, bola jaring perempuan, sukaneka ( ikat kaki, bawa bola pingpong dalam sudu, musical chair perempuan dan lelaki), dan senam robik... insyallah lepas ni kita akan buat lagi program2 seperti ni..

TAHNIAH OM...

Monday, March 2, 2009

RoNdA2 HaRi SaBtU

























































Jumaat baru2 ni lepas sembahyang zohor sambil borak2 ngan kak ja tetiba jer tercetus la idea nak g picnic.. Actually menda ni selalu dah ideanya keluar cuma tak terlaksana jer.. maklum la masing2 busy dengan keje, family, personal dan seangkatan dengannya... tapi ntah macam mana idea yang keluar hari tu dapat la di laksanakan dengan jayanya.... so hari sabtu baru2 ni kitaorng semua pergi la berpicnic di PANTAI BALOK... tempatnya simple jer tapi berkumpul dengan kawan2 tu yang best sebenarnya.. tak ramai kawan2 yang joint sebab aktiviti ni tak dirancang sepenuhnya... just ajak yg bujang2 jer.. sebab mayb diaorang takda plan nak gi mana2.. kalau yang berkeluarga ni masing2 dah ada plan ngan anak2 dan suami.. kitaorang berkumpul di Balok dalam kul 11.45 pagi...bila dah ada semua kitaorang pun memulakan aktiviti yang pertama iaitu MAKAN la.. hehehe..bila dah settle semuanya dalam jam 2.00 ptg timbul pulak idea yang baru iaitu pergi ke Kemaman untuk beli keropok..fughhhhhh berjalan sungguh kitaorang ni...sebelum sampai ke kemaman rombongan berhenti di masjid Sg ular untuk menunaikan tanggungjawab.. hehehe.. habis selesai menunaikan tanggugjawab rombongan meneruskan perjalanan untuk membeli keropok di gerai MEK MAT.. keropok keping di situ memang best.. kena dengan citarasa saya.. ( nipis dan banyak ikan) info ni dapat daripada LIn-p..banyak juga la kami bershop0ping di MEk MAt MAll (hehehe)...
LAst destinasi kami berhenti rehat di Sungai Bakau Tinggi... sambil membuka juadah untuk kali yang kedua..( kehkehkeh).. best juga la dapat rehatkan minda n ronda2 bandar kemaman..
" Untuk WaWa, Ida, Linda, Kak Ja, wanie dan keluarga tq so much... Nanti kita akan plan aktiviti yang lain pula ya..."

Sunday, February 15, 2009

HapPy BirtHdaY Aisya





















Diam tak diam dah 2 tahun usia aisyah.. sekejap jer.... Selain fatima n Khadeeja Aisyah juga penghibur hati saya.. Keletahnya mengalahkan orang tua.. Kuat menyanyi.. yg mahalnya siap buat memek muka.. macam2 bentuk..Aisyah ni merupakan anak KAk Ja.. baru2 ni umi dia( kak ja) sambut birthdaynya.. ada la acara memotong kek.. kebetulan pula fatima n khadeeja( anak Lipi) ada datang ke kuantan.. Ala2 renuion gitu..hehe.. Nak jadi kebetulan ibu saudara saya pun datang juga.. dan dia menghadiahkan Kek Bluberry untuk Aisyah.. saya pula menghadiahkan baju gaun..hehehe..Diorang semua ni dah dianggap macam anak sendiri.. sebab tu mereka memanggil saya dengan panggilan MAMA..



HaPPy BirthdaY Aisyah... Moga menjadi anak yang solehah dan dibanggakan...

Sg EmAS





















SG EMAS??? tak pernah dengar kan nama tu... hmmm kalau KUALA KENAU tu pernah la dengar... rupa2nya SG EMAS tu tempat untuk berkelah yang amat cantik... kawasannya ialah di sekitar Sg LEmbing..memang menarik la.. 15hb feb baru2 ni saya, ma, tok ma endun, kak ja dan keluarga serta kakak ipar dan anak saudaranya pergi ke Sg Emas untuk merehatkan minda, berkelah, mandi manda dan BBQ... seronoknya.. maklum la sekali sekali merehatkan minda dan badan yang selalu sahaja sibuk dengan kerja2 yang memang tak pernah habis.... kami pergi selepas waktu zohor sebab kalau tengah hari kawasan di situ agak panas.. nak sampai ke SG EMAS kami akan melalui perkampungan orang asli.. dapat la kami lihat rumah2 mereka... tapi zaman dah berubah banyak juga la rumah2 orang asli ni tidak seasli dulu... mereka dah duduk di rumah batu yang dipanggil sebagai PPRT... tapi.. wajah dan kulit mereka tidak berubah masih lagi boleh dikenali dan dapat membezakan antara satu sama lain terutama dengan orang kita.... hehehe...jarak dari jalan utama ke sg emas kira2 20minit.. jalannya ya allah kecik dan agak berliku.. mula2 rasa macam sesat ajer.. maklumlah tak pernah sampai...tapi minda akan tenang sebab disekelilingnya pokok2...sejukkkk jer... kami pergi dengan 2 buah pajero....kata Abg Man suami kak ja kawasan ini masih belum dikenali lagi..( Berdara tau)..kebanyakkan yang datang dan tahu tempat ini ialah geng2 4x4..saya ni hanya tumpang sekaki jer... dah ada peluang apaaa lagi.....ya tak? Sesampai jer di destinasi saya kagum melihat kawasanya...pada saya memang cantik dan airnya sangat sejuk...yang mengagumkan saya ialah batu2 sungai yang ada..pelbagai saiz...kecik ada, besar ada, leper ada, bulat ada dan macam2 bentuk lagi... saya dan ma ada juga ambil untuk di bawa balik yang bertujuan untuk di letakkan di KUBUR ABAh... tapi dah minta izin ya....






Sedang kami menikmati juadah yang dibawa... hujan turun...percikan air hujan di sungai tu memang cantik....berkilau macam ada berlian dalam air sungai tu...kagumnya dengan ciptaan ALLAh.. Lupa nak beritahu juadah makanan yang dibawa ialah ( nasi putih +ikan aya singgang+ ikan kerisi goreng+budu+gulai ayam kampung+ulam-ulaman+mee hoon goreng+keropok goreng+makanan ringan+buah tembikai+minuman+ ayam dan daging bakar..) semuanya makanan kampung...saya yang paling terliaur ialah singgang ikan aya tu la hehehe...
Kira2 jam 6.15 petang kami bertolak balik ke rumah...sebuah2 kerete beransur pulang...Sekurang2nya aktiviti minggu ini dapatlah merehatkan fikiran.. SG emas insyaalah ada rezeki saya akan datang lagi...