Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata..... .
" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu ( tak kira
masih hidup @ telah tiada )"......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka
buat kamu...
Berdasarkan Hadith Nabi :
"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa
kepada kedua orang tua nya dalam sehari"
Huraian hadith:
- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup
mahupun yang sudah tiada )
- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa
kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar
mereka berubah)
- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah
- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ....tadah tangan dan
bayangkan wajah kedua orang tua k ita , termasuk guru2 k ita dan mereka
yang banyak menolong k ita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)
- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki
oleh Allah
JiKa DOA Mu diMakbulkan tanda Allah menyayangiMu...JiKa LAMBAT tanda Allah Mengujimu dan Jika TIDAK di makbulkan tanda Allah merancang yang TERBAIK UNTUKMU..
Sunday, August 30, 2009
Monday, August 3, 2009
PaNTun NeGeRi

Pejam celik Pejam celik dah tak lama dah kita akan sambut bulan Puasa.. Bulan yang penuh berkat..Bulan yang mengajar kita erti kesabaran yang jitu terutama puasa dari makan dan minum dan juga puasa dalam segala hal.. puasa mata, telinga, mata dsbg..habis jer puasa kita semua akan beraya la.. objektif nak post mesej ni sebenarnya.. nak share pantun raya negeri kelate n ganu je hehehe.... ( sila baca ikut slang negeri ya..) mukadimah jer sivik kikiki..


KELANTAN
Make ike cicoh budu,
Jange lupo tamboh sata,
Kelik rayo tokse laju,
lamo ke rayo dale spita.

TERENGGANU
Makang ubi jamang jepung,
makang kepok keda losong,
Bulang pose balik kapong,
Bulang pose balik kapong,
Lepah raye duk nengung,
Monday, July 20, 2009
TeMaN2 LaMa

ZUE & NATHRAH

ZUE, NATHRAH & DILLA

ZUE & DILLA

NATHRAH, ZUE N DILLA.. Teman2 lama..
19 July 2009
TC, Kuantan
TC, Kuantan
Last weekend jumpa kawan2 lama.. seronok giler.. diorang semua ni kawan masa tadika, sek ren, sek men dan samapai sekarang..maklum la we all semua ni anak2 POLIS.. so kebanyakkan dah keluar daripada kondominium yang kitaorang duduk..dah bawak haluan masing2..yang bestnya kitaorang jumpa last week tak plan apa2 pun.. hmm selalunya kalau plan memang susah nak jadi.. untuk dilla n natrah happynya jumpa korang..insyaallah pas ni ada rezeki kita jumpa lagi..
Wednesday, July 15, 2009
KaKi SiApA ????
Milik siapa la kaki yang mulus ini ??.. hehehe..the main purpose aku nak tunjukkan kat blog ni ialah yang kitaorang beli kasut yang sama..best glr pakai kasut ni.. sangat selesa..bagi mereka yang selalu berjalan, berdiri, bershopping apa lagiiii dapatkan di pasaran.. brand crocodile ( kena bayar royalti ni tolong promote on behalf crocodile..)..hehehe.. SeLaMaT MeNcUBa
Thursday, July 9, 2009
WaJaH BaRu...

Perkara pertama yang aku buat.. untuk tatapan anis..hehehe tampal gambo dia...

Rak buku yang masih kosong..

Tempat duduk yang juga masih kosong..
Uniten.. itulah nama tempat majikan aku yang baru....Hari ni genap 9 hari aku di Uniten.. Di sini aku akan memulakan kehidupan aku yang baru...suasana yang baru...pelajar2 yang baru..bangunan yang baru..semangat yang baru...dan semuanya baru la.. kecuali tuan punya badan ni tak baru.. hehehe.. Aku tak pernah bermimpi yang aku akan datang ke sini sebagai staff Uniten.. sebelum ini pernah datang untuk menjenguk kawan2 ku( Fuzah, Sukiman dan Jajan) tapi Allah telah beri rezeki yang murah kepadaku.. Alhamdulillah...Dengan keadaan yang serba baru ni banyak menda yang perlu aku belajar terutama cara untuk membuat "paper"..sebelum ni masa di Uitm pernah ada pengalaman membuat paper tapi itu kisah 8-9 tahun yang lepas..namun ini merupakan sebagai cabaran yang akan aku sahut..
Di sini semua pensyarah di beri satu bilik khas..termasuk la aku...bilik ini merupakan tempat untuk mereka membuat persediaan sebelum masuk ke kelas..Kepada kawan2ku yang membaca blog ini jemput la singgah apabila datang ke Muadzam nanti ya..hehehe

hehehe..kini dah hampir dipenuhi..
Thursday, July 2, 2009
Last Day D' ShaHPuTRA

kawan2 seperjuangan OM114 -Sweet moments 2009

Raja Nurhidayah...1st sedih..

time dah nak balik...siap berposing..

wanie, along, aku, zura, anis n ma

Mata yang memang perggghhhh..bengkak

bersama pengantin baru... Dayah

30 Jun 2009
Baru 2 hari aku tinggalkan Shahputra tapi rinduuuunya la rasa...tak terucap.. hehehe..poyo jer kan.??? tapi itu la realiti.. namun pesanan kawan2 akan aku ingat.. life must go on..di sini aku akan mengenali orang baru.. kawan2 yang baru.. procedure n pattern yang baru..pekan yang baru..dan semuanya la baru.... untuk kawan2 thanks banyak2 sebab tolong saya selama ni..boleh terima diri saya seadanya..boleh terima perangai saya..boleh terima kelantangan mulut saya.. hehehe tapii.. kalau tak der tu semua mesti korang takkan ingat saya kan..saya juga nak minta maaf banyak2 pada kawan2 yang tak sempat nak jumpa.. untuk Shahputra terima kasih kerana menjadikan saya sebahagian daripada keluarganya...untuk kawan2 yang masih lagi berjuang di sana.. teruskan perjuangan kerana pasti akan ada sinar untuk korang satu masa nanti.. kerana dalam hidup ni kita akan melangkah kepada satu langkah ke hadapan..
Untuk ANIS:- THANKS a lot kerana menjadi sahabat, teman, kawan dan semua yang mempunyai makna yang sama untuk aku.. untuk kak ja:- percaya la sinar itu akan datang dalam hidup kak ja n thanks jadi kakak saya.. kawan2 yang lain terlalu ramai untuk di sebut tapi saya percaya masing2 akan tahu siapa saya tujukan.. hasmalina thnks juga untuk ko sebab banyak tolong aku sepanjang aku duduk seangkatan ngan ko..KAk Chik & En Syam :- nasihat kak cik n kebaikan kak cik takkan saya lupakan sepanjang hidup saya...Abang rem:- thanks coz jadi abang zue.. Ust Madi:- selalu buat lawatan kat atas..mengeratkan ukhwah dengan kawan2 di atas.. Pensyarah2 OM:- TQ SO MUCH.. zura, wani, julie, kak ina, along, kak zie dan yang lain terima kasih banyak2 ya.. kalau yang tertinggal nama tu minta maaf banyak2... Sampai Berjumpa Lagiiii..
Saturday, June 20, 2009
AnAk2 Didik OM114
Para Pensyarah OM114
Saya bersama Dayah....X student Om114...hehehe now dah jadi teman sekerja.. Ketua Mafia OM.. pandai menyanyi tau....
Para Pelajar Bersama Pensyarah malam Dinner OM114 di De Rhe Beach Resort
Saya Bersama Dee...juga x student.. tapi kini sealiran..hehehe ( Best Student OM114) 4x dapat
Anugerah Dekan.. berturut2 okey...
20 Jun 2009 ( Sabtu )
Ke kolej ari ni.. mengemas apa yang patut.. tidak lah nanti terkejar-kejar bila sampai waktunya...
sebak jugak rasanya.. di kolej bukan sendirian.. ada ida datang meneman.. hasmalina pun ada.. tapi sedang bekerja.. orang dari UiTm datang untuk interview student mass com yang baru... Hmmm mula2 tak tahu nak start kemas dari mana... banyak sangat... semua tu naskah yang aku kira amat berharga.. naskah yang asalnya dari pekan lagi.. tempat mula2 aku mengenali Kolej Shahputra.kalau hendak dihitung rasanya sudah hampir 7 tahun lebih ... sambil mengemas aku membaca komen2 student pada aku.. kelakar jer komen mereka..maklum lah takut nak komen lebih2...takut kena potong markah...komen mereka aku simpan dalam satu file....macam2 bentuk tulisan....siap ada gambar kartun la dan sebagainya...apa yang aku bangga dengan diri aku setiap nama yang tertera pasti aku boleh ingat kembali wajah mereka...maklumlah aku mula mengenali mereka start mereka di sem 1 lagi sehingga la tamat belajar di kolej Shahputra...contoh yang paling terdekat ialah Dayah & Dee...hehehe alhamdulillah mereka semua dah berjaya...dayah & Dee dah jadi pensyarah dan sedang sambung blajar buat MA...yang lain pun sama.. ada yang jadi pensyarah di UiTM, executive di MQA, di suruhanjaya komunikasi dan macam2 lagi la... apa yang best menjadi pensyarah ni ialah pelajar2 tak lupa akan jasa dan ilmu yang kita bagi... setiap tahun saya akan mendapat ucapan "Selamat hari Guru" dari mereka.. sebagai seorang pensyarah kejayaan pelajar2nya merupakan hadiah yang tidak ternilai ..Semoga ilmu yang kami berikan akan digunakan dengan sebaik2nya...dan ianya akan menjadi bekalan buat kami sebagai pensyarah iaitu pahala di akhirat kelak...
p/s Buat Abang Remy thanks banyak2 sebab abang pun tak pernah lupa wish Selamat Hari Guru buat Zue...
Subscribe to:
Posts (Atom)