Friday, November 28, 2008

AidiLAdha






Diam tak diam tak sampai satu minggu lagi umat islam akan menyambut Hari Kebesaran iaitu Hari Raya Aidiladha atau dikenali dengan nama Hari Raya Korban atau Hari Raya Haji....Aidiladha tahun ini jatuh pada 8 Disember 2008...APa lagi Cuti la... alhamdulillah kolej bagi cuti tambahan selama satu hari jadi dapat la kami semua bercuti selama 4 hari ( sabtu,ahad,isnin dan selasa ) tidak termasuk cuti yang diambil sendiri oleh staff melalui cuti tahunan masing2...
Seperti tahun2 sebelum ini saya pasti akan pulang ke kampung di Kota Bharu Kelantan atau dikenali sebagai "Kota Serambi Mekah..."Hmmm seronoknya la balik kampung dapat berkumpul sanak saudara... Ramai kawan2 tanya apa yang meriahnya sambut raya Haji di Kelantan? Persoalan itu sering ditanya... Ntah la saya pun tak tahu nak cakap macam mana sebab masing2 ada pengalaman masing2 tapi apa yang boleh saya beritahu mengikut pengalaman saya ialah suasana sambutan yang membezakannya dan yang memberi kemeriahan tersebut... Kalau di Pantai Timur ( kel+ ganu) sambutannya berbeza dengan di luar pantai timur...di kelantan pusat untuk membuat korban dilakukan dirumah tuan punya lembu tapi... di luar pantai timur pusatnya di lakukan di masjid2 dan surau yang terdekat.. setelah habis melakukan korban mereka akan pulang kerumah masing2...tapi berbeza di kampung saya.. sebagai contoh rumah nenek saya setiap tahun menjadi pusat untuk melakukan korban dan setiap tahun juga la bukan sahaja sanak saudara atau mereka yang terlibat dengan bahagian korban tersebut tapi orang luar yang tidak ambil bahagian juga turut terlibat untuk sama2 membahagi-bahagikan daging korban yang ada...selalunya rumah nenek saya akan korban 1 atau 2 ekor lembu...maklumlah anak beranak ramai...






Habis sahaja sembahyang raya kaum lelaki akan bersiap sedia dengan uniform masing( bukan baju raya tau hehehe...) untuk lakukan korban tersebut.. maka sesiapa yang terlibat mesti sama2 ada untuk membaca niat....waktu itu la kadang kala saya boleh melihat lembu yang dikorbankan itu mengeluarkan air mata dan mengerang kesakitan.. kesian... dan saya juga turut rasa sebak....darah memancut2 keluar....setelah selesai di sembelih lembu tersebut dibawa ke tempat yang dikhaskan untuk di bahagi2kan dagingnya...time tu la keluar semua jenis pisau, golok, kapak dan sebagainya.. hehehe






Manakala di pihak orang perempuan pula sibuk la di dapur untuk menyediakan makanan untuk dijamu kepada tetamu yang ada...lauknya tidak la semewah mana cuma apabila makan ramai2 itu yang jadi berselera.. lauk pula mereka ambil sedikit dari daging korban tersebut... Hmmm... siapa lagi yang menjadi chef kalau bukan MAK BONDA saya..Sity ATiKaH Bt Che Mat la...kami semua ni just membantu apa yang patut jer...Macam kenduri tapi..mini kenduri je la...selalunya menu yang ma sediakan ialah nasi putih+daging kicap+daging goreng biasa+daging singgang+sambal belacan+ulam + air sirap..... pergghhhhhh...memang best giler...dan untuk pengetahuan semua kalau kita pergi beraya rumah sesiapa pun mereka akan jamu kita dengan nasi dan lauk korban... Untuk tempoh 2- 3 hari tak habis lagi kita makan daging korban kalau kita pergi beraya....masuk hari ke 2 or ke 3 dapat la kita makan perut cicah dengan air asam..ini laaaagiii POMMMM... tambah pula perut muda...makan sedap tapi nak buat susah tau expecially nak cuci perut tu.. selalunya nenek saya la yang arif pasal ni... hehhehe...kami semua menunggu yang dah siap jer... Sebagai tambahan malamnya pula keluarga saya akan buat Barbeque...menunya tentu la ( ayam bakar + daging bakar + nasi goreng cina +mee hoon goreng singapore + keropok keping+ air sirap ) cuma panggil anak beranak dan jiran terdekat jer.. tapi....macam kenduri juga la jawabnya ramaiiiii yang datang....






Hmmmm.... SEBENARNYA ITU LA KEMERIAHAN RAYA KORBAN DI PANTAI TIMUR....Itu pandangan saya tapi kalau kawan2 rasa ada pendapat lain tak salah untuk kita kongsi bersama...

" Kesempatan ini saya nak Ucapkan SeLaMat MenYamBut HaRi Raya Korban Untuk Semua pembaca blog Selagi Ada...Jemput la datang beraya Ke Rumah saya Di Wakaf Bharu Kelantan...Maaf Zahir dan Batin..."

5 comments:

madier said...

Cuti ajer mung yer...best...selamat hari raya aidiladha....

moga setiap pgorbanan yg dilakukan ikhlas keranaNya....

hisyamrahman said...

mu sedih masa tgk lembu kene sembelih...time makan...tarak ingat nyer...hehehehe...

apa2 pun selamat menyambut hari raya aidil adha...semoga pengertian sebenar ibadah korban ini menjadi teladan dan pengajaran kepada kite semua

Mc Zue said...

madier:- cuti ada d baik cuti ya tak.. hehehe
En. hisyam:- time makan sedihnya lain kira. hehehe

anis said...

confirm time makan mmg da tak ingat sedih punyer..sedap kan nk lg ma yg masak...he..he..he..

Jankaulu said...

pernah kena marah dek tok iman bila nak ambil part dalam menyembelih...