Thursday, January 29, 2009

PuRe SPA...






Sekejap jer masa berlalu.. bila di tengok semula album gambar teringat pulak gambar yang di postkan ini.. yang mana semua staff telah menghadiri satu kem "Team Building" di Taman Pertanian.. memang best la waktu tu..sama2 menghadapi segala rintangan untuk menyelesaikan tugasan yang diberi.. kalau boleh la nak di ulang jer waktu tu.. tapi itu la kenangan...ianya boleh di ulang cuma tidak akan sama seperti yang pernah di lalui...gambar ni ketika kami semua mengharungi lumpur untuk sampai ke seberang.. fuhhhhhh punya la penat + letih + kelakar untuk mengharunginya.. tetapi bestnya tak terkata.. masa ni semuanya sama... habis jer mengharungi lumpur tu baju, seluar n kasut rendam 7 hari pun tak tanggal selutnya.. apa lagi buang jer la jawabnya... hehehe.. 'KEnganGan TerIndaH"

Thursday, January 22, 2009

PoCo2 PeRdANa







16 Jan 2009 seluruh warga kolej telah melibatkan diri dalam POCO2 Perdana yang diadakan oleh pihak JPM..termasuk lah saya.. hehehe.. sebelum ni memang tak pernah menari POco2 ni sehinggalah tarikh tersebut.. rupa2nya tarian POco2 ni memang mengasyikkan dan perlu mempunyai skill yang betul.. salah skill maka akan lari la step yang kita buat...dari pemerhatian yang dibuat pelajar2 juga turut terhibur dan begitu gembira sekali.. Kawan saya yang selama ini memang tak suka dengan aktiviti seperti ini sama2 naik tocang untuk memeriahkan suasana.. sapa lagi kalau bukan Anis marketing.. hehehe..semoga aktivit seperti ini dapat diteruskan lagi untuk sama2 mengeratkan silaturahim di kalangan kakitangan dan juga pelajar...

Monday, January 12, 2009

KLcc




Tersegam indah KLCC ni.. tak sangka ya dalam kita asyik agung2 kan negara luar sebenarnya Malaysia ni banyak bangunan yang best dan cantik.. salah satunya Menara Petronas KLCC.. salah satu mercu tanda Kuala Lumpur... Hari Sabtu baru ni ada kesempatan ke sana itu pun pergi disebabkan kerja.. Ikut Pengurus Pemasaran... siapa lagi Anis la......Tujuanya ialah pergi buat lawatan ke Kuala Lumpur Convention Centre tengok pameran daripada kolej2 yang ada di Malaysia termasuk la International punya kolej.. yang bestnya selama ini saya tak tahu pun kewujudan kolej2 tersebut..satu pengalaman yang menarik... betapa kreatifnya mereka membentuk booth mereka.. yang paling bestnya siap buat tangga seolah2 macam duduk di atas pokok... dan di kemuncaknya sesiapa yang ingin mendapatkan info boleh menikmati permandangan di dalam hall tersebut....Ada 3 hall yang dilawati... penatnya tak terkata...setiap kolej seolah2 berperang dengan warna, kreativiti dan bermacam pendekatan di gunakan untuk menarik minat pelawat yagn datang untuk mendapatkan info berkenaan dengan kolej yang bersesuaian dengan kelayakkan mereka.... IPTA turut sama-sama joint dalam pameran pendidikan ini seperti UIA, UM UiTM, UTM dan macam2 lagi.. Universiti tempat En Sukiman bekerja juga turut terlibat iaitu UNITEN... hehehe..


Habis waktu bekerja kami mencari tempat untuk mengisi perut yang lapar... paling dekat ialah di Food Court KLCC....dah tak pandang kiri kanan kami semua makan.. maklumlah lapar yang tak terucap...di kesempatan tu juga kami ada mengambil gambar untuk kenang-kenangan...






Thanks Anis sebab bagi satu pengalaman yang menarik... next time kalau ada lagi boleh la jemput lagi ya..Penat belakang kira yang penting happy...








Tuesday, January 6, 2009

X ke 2

hmmmm kalau D6 sibuk sekarang ni.. saya lagggggiiiii sibuk... tapi untuk tidak menghampakan mereka yang dah tag saya ni maka saya cuba sedaya upaya untuk menjawabnya...

10 weird things/habits/little known facts about me.
1. Suka g leypark kedai cik yah..
2. suka tolong cikyah berniaga.. buat air dan baca bil..
3. nak jaga perasaan orang tapi menyebabkan perasaan sendiri yg terguris..
4. tak pandai nak marah orang takut orang kecik hati
5. kalau minta tolong sesuatu pada orang tapi kalau dia tak boleh buat dah tak minta tolong dah lepas tu.. rela buat sendiri.
6. suka bercakap /berborak dan g berjalan2 kat tempat kawan2..
7. suka tengok citer hindustan
8. peminat rosyam noor.. hehehe ( lakonan dia jer)
9. Suka beli barang tanpa di rancang
10. paling suka kumpul sandle n selipar....

fuhhhh.... lega...siap akhirnya....tq d6 sebab blog ni telah di tag.. sekurang2nya untuk bulan ni ada input untuk diupdate.. hehehe.. dengan itu saya ingin tag Anis pula.. selamat menjawab ya..

Wednesday, December 17, 2008

"GeLoRa Di HaTi Sara"



Tepat jer jam 10.30 malam setiap hari selasa hingga sabtu memang saya takkan bergerak ke mana2 sebabnya time ni pada saya begitu emas...Mana tidaknya sekarang tengah mabuk tengok citer "Gelora Di Hati Sara" lakonan mantap Rosyam Noor, Fauziah Latif dan Dato Rahim Razali... Memang best la citer ni.. kisah kehidupan rumahtangga yang tidak tahu apa akan jadi penghujungnya...Kisah Ibu mertua yang masih memilih calon menantu untuk anak lelaki kesayangan nya, kisah pergolakkan jiwa seorang suami yang terpaksa mengikut kata ibu bapanya, kisah seorang suami yang begitu sayang pada isterinya, kisah seorang Isteri yang terpaksa melawan hati dan perasaan apabila suaminya menjadi rebutan, kisah seorang wanita yang didera oleh suaminya sendiri DAN kisah seorang anak yang terpaksa berhadapan apabila isterinya dicintai oleh bapanya sendiri...


Pada saya jalan cerita ini begitu menarik tambahan pula lakonan daripada Pelakon Terbaik Festival Filem Malaysia...di bantu pula oleh heroinnya Fauziah Latif... tak sangka rupanya gee ni pandai berlakon... hmmmm kalau tak pandai..... masakan Sukiman begitu meminatinya...Cuma yang tak berapa bestnya citer ni slotnya hanyalah 30 minit aja..... Lakonan gee dalam cerita ini banyak memainkan perasaannya...ada suka, duka, ceria, buat2 gembira, terkejut, profesional dan hipokrit...kalau tak silap ini lakonan kedua gee....dah lama tak dengar kisahnya tup tup tup keluar drama lakonan beliau dan rosyam noor...pandai gee market diri dan juga atur strategi dirinya supaya masyarakat mengingatinya kembali...


Pada kawan2 yang belum menonton cerita ni boleh lah mencuba untuk satu episod dahulu dan kalu sesuai dengan jiwa teruskan untuk episod seterusnya..tapiiii...masing2 punya citarasa sendiri...mungkin ada yang tidak suka namun bagi saya, anis, adik2nya, mungkin kak suhaida juga dan sukiman cerita ini memenuhi citarasa kami....hehehe..




Selamat Menonton "GELORA DI HATI SARA" ...

Friday, November 28, 2008

AidiLAdha






Diam tak diam tak sampai satu minggu lagi umat islam akan menyambut Hari Kebesaran iaitu Hari Raya Aidiladha atau dikenali dengan nama Hari Raya Korban atau Hari Raya Haji....Aidiladha tahun ini jatuh pada 8 Disember 2008...APa lagi Cuti la... alhamdulillah kolej bagi cuti tambahan selama satu hari jadi dapat la kami semua bercuti selama 4 hari ( sabtu,ahad,isnin dan selasa ) tidak termasuk cuti yang diambil sendiri oleh staff melalui cuti tahunan masing2...
Seperti tahun2 sebelum ini saya pasti akan pulang ke kampung di Kota Bharu Kelantan atau dikenali sebagai "Kota Serambi Mekah..."Hmmm seronoknya la balik kampung dapat berkumpul sanak saudara... Ramai kawan2 tanya apa yang meriahnya sambut raya Haji di Kelantan? Persoalan itu sering ditanya... Ntah la saya pun tak tahu nak cakap macam mana sebab masing2 ada pengalaman masing2 tapi apa yang boleh saya beritahu mengikut pengalaman saya ialah suasana sambutan yang membezakannya dan yang memberi kemeriahan tersebut... Kalau di Pantai Timur ( kel+ ganu) sambutannya berbeza dengan di luar pantai timur...di kelantan pusat untuk membuat korban dilakukan dirumah tuan punya lembu tapi... di luar pantai timur pusatnya di lakukan di masjid2 dan surau yang terdekat.. setelah habis melakukan korban mereka akan pulang kerumah masing2...tapi berbeza di kampung saya.. sebagai contoh rumah nenek saya setiap tahun menjadi pusat untuk melakukan korban dan setiap tahun juga la bukan sahaja sanak saudara atau mereka yang terlibat dengan bahagian korban tersebut tapi orang luar yang tidak ambil bahagian juga turut terlibat untuk sama2 membahagi-bahagikan daging korban yang ada...selalunya rumah nenek saya akan korban 1 atau 2 ekor lembu...maklumlah anak beranak ramai...






Habis sahaja sembahyang raya kaum lelaki akan bersiap sedia dengan uniform masing( bukan baju raya tau hehehe...) untuk lakukan korban tersebut.. maka sesiapa yang terlibat mesti sama2 ada untuk membaca niat....waktu itu la kadang kala saya boleh melihat lembu yang dikorbankan itu mengeluarkan air mata dan mengerang kesakitan.. kesian... dan saya juga turut rasa sebak....darah memancut2 keluar....setelah selesai di sembelih lembu tersebut dibawa ke tempat yang dikhaskan untuk di bahagi2kan dagingnya...time tu la keluar semua jenis pisau, golok, kapak dan sebagainya.. hehehe






Manakala di pihak orang perempuan pula sibuk la di dapur untuk menyediakan makanan untuk dijamu kepada tetamu yang ada...lauknya tidak la semewah mana cuma apabila makan ramai2 itu yang jadi berselera.. lauk pula mereka ambil sedikit dari daging korban tersebut... Hmmm... siapa lagi yang menjadi chef kalau bukan MAK BONDA saya..Sity ATiKaH Bt Che Mat la...kami semua ni just membantu apa yang patut jer...Macam kenduri tapi..mini kenduri je la...selalunya menu yang ma sediakan ialah nasi putih+daging kicap+daging goreng biasa+daging singgang+sambal belacan+ulam + air sirap..... pergghhhhhh...memang best giler...dan untuk pengetahuan semua kalau kita pergi beraya rumah sesiapa pun mereka akan jamu kita dengan nasi dan lauk korban... Untuk tempoh 2- 3 hari tak habis lagi kita makan daging korban kalau kita pergi beraya....masuk hari ke 2 or ke 3 dapat la kita makan perut cicah dengan air asam..ini laaaagiii POMMMM... tambah pula perut muda...makan sedap tapi nak buat susah tau expecially nak cuci perut tu.. selalunya nenek saya la yang arif pasal ni... hehhehe...kami semua menunggu yang dah siap jer... Sebagai tambahan malamnya pula keluarga saya akan buat Barbeque...menunya tentu la ( ayam bakar + daging bakar + nasi goreng cina +mee hoon goreng singapore + keropok keping+ air sirap ) cuma panggil anak beranak dan jiran terdekat jer.. tapi....macam kenduri juga la jawabnya ramaiiiii yang datang....






Hmmmm.... SEBENARNYA ITU LA KEMERIAHAN RAYA KORBAN DI PANTAI TIMUR....Itu pandangan saya tapi kalau kawan2 rasa ada pendapat lain tak salah untuk kita kongsi bersama...

" Kesempatan ini saya nak Ucapkan SeLaMat MenYamBut HaRi Raya Korban Untuk Semua pembaca blog Selagi Ada...Jemput la datang beraya Ke Rumah saya Di Wakaf Bharu Kelantan...Maaf Zahir dan Batin..."

Sunday, November 23, 2008

Now blog selagi-ada plak kena tag dengan blog Noni.. So sebagai amanat saya akan menjawab segala persolaan yang telah dikemukan... Bagus juga game macam ni sekurang2nya boleh mengeratkan silaturahim diantara kita...yang paling utama ialah mendekatkan yang jauh di perantauan..



THREE NAMES THAT FRIEND CALL YOU

1. Mc Zue - Kawan2 sek men di kel

2. Mek - d' opis

3. Zue - kawan2 lama di ktn..


THREE MOST IMPORTANT DATES IN YOUR LIFE

1. 10.09.1978

2. 27.05.2004

3. 10.09.2008


THREE WAYS TO BE HAPPY

1. Jalan-jalan ( makan-makan, leypark-leypark

2. shopping

3. holiday


THREE OF YOUR FAVORITE SONGS AS OF NOW

1. cINTA - Kriss n melly

2. Farhana- Jinbara

3. Sahiba - Jinbara


THREE PERSON YOU MISS FROM YOUR PAST

1. Beberapa rakan-rakan xshahputra

2. Arwah Abah dan Atok

3. Kawan2 sekoloh menengah


THREE GIFTS YOU WOULD LIKE TO RECEIVE THREE OF YOUR FAVORITER

1. Kereta

2. Rumah

3. cash money


HOBBIES

1. Berjalan2 ( holiday )

2. Baca novel

3. shopping


THREE PLACES YOU WANT TO GO FOR VACATION

1. Mekah n Madinah

2. Langkawi

3. Indonesia


THREE FAVORITE CARTOON/ANIME CHARACTER

1. fido dido

2. smile

3. Tom n Jerry


THREE MALLS YOU USUALLY GO TO

1. Kuantan Parade

2. Megamall

3. Tunas Manja


THREE FAVORITE DRINKS

1. Teh o ais

2. ABC

3. longan

THREE THINGS FOUND IN YOUR BAG

1. wallet
2. hp
3. beg make up ( lipstik + bedak miami + perfume )

THREE FAVORITE COLOURS

1. coklat lembut
2. coklat gelap
3. merah

TOP THREE FOODS YOU LOVE SO MUCH
1. roti jala
2. Mee hoon sup
3. laksa

TOP THREE 'THINGS' SPECIAL TO YOU
1. Hp
2. kereta arwah abah
3. gelang hadiah dari ma

TOP THREE ATTITUDES YOU LIKE
1. Jujur
2. setia
3. baik hati

TOP THREE FACES YOU LIKE
1. happy
2. selamba
3. candid


THREE THINGS YOU'LL BE DOING TOMORROW
1. hantar kuih
2. g keje
3. g kedai cik yah

TOP THREE WHY YOU ARE BUSY AT THIS TIME
1. Buat analisa result student
2. buat beban ngajar lect
3. buat nota AOM

huhhhhhhh.. akhirnya siap juga tugasan yang noni bagi ni... sori noni baru sempat posting.. maklumlah agak bz sekarang ni...hehehe

Saya pun nak tag 3 orang juga la...Hopefully mereka yg bertuah ni boleh la jawab dengan seikhlas-ikhlasnya.... hehehe....mereka yang terpilih ialah:-

1. Nisah
2. Jane
3. Wawa