Friday, November 28, 2008

AidiLAdha






Diam tak diam tak sampai satu minggu lagi umat islam akan menyambut Hari Kebesaran iaitu Hari Raya Aidiladha atau dikenali dengan nama Hari Raya Korban atau Hari Raya Haji....Aidiladha tahun ini jatuh pada 8 Disember 2008...APa lagi Cuti la... alhamdulillah kolej bagi cuti tambahan selama satu hari jadi dapat la kami semua bercuti selama 4 hari ( sabtu,ahad,isnin dan selasa ) tidak termasuk cuti yang diambil sendiri oleh staff melalui cuti tahunan masing2...
Seperti tahun2 sebelum ini saya pasti akan pulang ke kampung di Kota Bharu Kelantan atau dikenali sebagai "Kota Serambi Mekah..."Hmmm seronoknya la balik kampung dapat berkumpul sanak saudara... Ramai kawan2 tanya apa yang meriahnya sambut raya Haji di Kelantan? Persoalan itu sering ditanya... Ntah la saya pun tak tahu nak cakap macam mana sebab masing2 ada pengalaman masing2 tapi apa yang boleh saya beritahu mengikut pengalaman saya ialah suasana sambutan yang membezakannya dan yang memberi kemeriahan tersebut... Kalau di Pantai Timur ( kel+ ganu) sambutannya berbeza dengan di luar pantai timur...di kelantan pusat untuk membuat korban dilakukan dirumah tuan punya lembu tapi... di luar pantai timur pusatnya di lakukan di masjid2 dan surau yang terdekat.. setelah habis melakukan korban mereka akan pulang kerumah masing2...tapi berbeza di kampung saya.. sebagai contoh rumah nenek saya setiap tahun menjadi pusat untuk melakukan korban dan setiap tahun juga la bukan sahaja sanak saudara atau mereka yang terlibat dengan bahagian korban tersebut tapi orang luar yang tidak ambil bahagian juga turut terlibat untuk sama2 membahagi-bahagikan daging korban yang ada...selalunya rumah nenek saya akan korban 1 atau 2 ekor lembu...maklumlah anak beranak ramai...






Habis sahaja sembahyang raya kaum lelaki akan bersiap sedia dengan uniform masing( bukan baju raya tau hehehe...) untuk lakukan korban tersebut.. maka sesiapa yang terlibat mesti sama2 ada untuk membaca niat....waktu itu la kadang kala saya boleh melihat lembu yang dikorbankan itu mengeluarkan air mata dan mengerang kesakitan.. kesian... dan saya juga turut rasa sebak....darah memancut2 keluar....setelah selesai di sembelih lembu tersebut dibawa ke tempat yang dikhaskan untuk di bahagi2kan dagingnya...time tu la keluar semua jenis pisau, golok, kapak dan sebagainya.. hehehe






Manakala di pihak orang perempuan pula sibuk la di dapur untuk menyediakan makanan untuk dijamu kepada tetamu yang ada...lauknya tidak la semewah mana cuma apabila makan ramai2 itu yang jadi berselera.. lauk pula mereka ambil sedikit dari daging korban tersebut... Hmmm... siapa lagi yang menjadi chef kalau bukan MAK BONDA saya..Sity ATiKaH Bt Che Mat la...kami semua ni just membantu apa yang patut jer...Macam kenduri tapi..mini kenduri je la...selalunya menu yang ma sediakan ialah nasi putih+daging kicap+daging goreng biasa+daging singgang+sambal belacan+ulam + air sirap..... pergghhhhhh...memang best giler...dan untuk pengetahuan semua kalau kita pergi beraya rumah sesiapa pun mereka akan jamu kita dengan nasi dan lauk korban... Untuk tempoh 2- 3 hari tak habis lagi kita makan daging korban kalau kita pergi beraya....masuk hari ke 2 or ke 3 dapat la kita makan perut cicah dengan air asam..ini laaaagiii POMMMM... tambah pula perut muda...makan sedap tapi nak buat susah tau expecially nak cuci perut tu.. selalunya nenek saya la yang arif pasal ni... hehhehe...kami semua menunggu yang dah siap jer... Sebagai tambahan malamnya pula keluarga saya akan buat Barbeque...menunya tentu la ( ayam bakar + daging bakar + nasi goreng cina +mee hoon goreng singapore + keropok keping+ air sirap ) cuma panggil anak beranak dan jiran terdekat jer.. tapi....macam kenduri juga la jawabnya ramaiiiii yang datang....






Hmmmm.... SEBENARNYA ITU LA KEMERIAHAN RAYA KORBAN DI PANTAI TIMUR....Itu pandangan saya tapi kalau kawan2 rasa ada pendapat lain tak salah untuk kita kongsi bersama...

" Kesempatan ini saya nak Ucapkan SeLaMat MenYamBut HaRi Raya Korban Untuk Semua pembaca blog Selagi Ada...Jemput la datang beraya Ke Rumah saya Di Wakaf Bharu Kelantan...Maaf Zahir dan Batin..."

Sunday, November 23, 2008

Now blog selagi-ada plak kena tag dengan blog Noni.. So sebagai amanat saya akan menjawab segala persolaan yang telah dikemukan... Bagus juga game macam ni sekurang2nya boleh mengeratkan silaturahim diantara kita...yang paling utama ialah mendekatkan yang jauh di perantauan..



THREE NAMES THAT FRIEND CALL YOU

1. Mc Zue - Kawan2 sek men di kel

2. Mek - d' opis

3. Zue - kawan2 lama di ktn..


THREE MOST IMPORTANT DATES IN YOUR LIFE

1. 10.09.1978

2. 27.05.2004

3. 10.09.2008


THREE WAYS TO BE HAPPY

1. Jalan-jalan ( makan-makan, leypark-leypark

2. shopping

3. holiday


THREE OF YOUR FAVORITE SONGS AS OF NOW

1. cINTA - Kriss n melly

2. Farhana- Jinbara

3. Sahiba - Jinbara


THREE PERSON YOU MISS FROM YOUR PAST

1. Beberapa rakan-rakan xshahputra

2. Arwah Abah dan Atok

3. Kawan2 sekoloh menengah


THREE GIFTS YOU WOULD LIKE TO RECEIVE THREE OF YOUR FAVORITER

1. Kereta

2. Rumah

3. cash money


HOBBIES

1. Berjalan2 ( holiday )

2. Baca novel

3. shopping


THREE PLACES YOU WANT TO GO FOR VACATION

1. Mekah n Madinah

2. Langkawi

3. Indonesia


THREE FAVORITE CARTOON/ANIME CHARACTER

1. fido dido

2. smile

3. Tom n Jerry


THREE MALLS YOU USUALLY GO TO

1. Kuantan Parade

2. Megamall

3. Tunas Manja


THREE FAVORITE DRINKS

1. Teh o ais

2. ABC

3. longan

THREE THINGS FOUND IN YOUR BAG

1. wallet
2. hp
3. beg make up ( lipstik + bedak miami + perfume )

THREE FAVORITE COLOURS

1. coklat lembut
2. coklat gelap
3. merah

TOP THREE FOODS YOU LOVE SO MUCH
1. roti jala
2. Mee hoon sup
3. laksa

TOP THREE 'THINGS' SPECIAL TO YOU
1. Hp
2. kereta arwah abah
3. gelang hadiah dari ma

TOP THREE ATTITUDES YOU LIKE
1. Jujur
2. setia
3. baik hati

TOP THREE FACES YOU LIKE
1. happy
2. selamba
3. candid


THREE THINGS YOU'LL BE DOING TOMORROW
1. hantar kuih
2. g keje
3. g kedai cik yah

TOP THREE WHY YOU ARE BUSY AT THIS TIME
1. Buat analisa result student
2. buat beban ngajar lect
3. buat nota AOM

huhhhhhhh.. akhirnya siap juga tugasan yang noni bagi ni... sori noni baru sempat posting.. maklumlah agak bz sekarang ni...hehehe

Saya pun nak tag 3 orang juga la...Hopefully mereka yg bertuah ni boleh la jawab dengan seikhlas-ikhlasnya.... hehehe....mereka yang terpilih ialah:-

1. Nisah
2. Jane
3. Wawa

Thursday, November 6, 2008

"PeRkAmPuNgaN RaYa OM114"






21 Oktober 2008 baru-baru ni warga Om114 telah mengadakan jamuan hari Raya yang kami semua namakan "Perkampungan Raya OM114"..Majlis ini gabungan tenaga kerja antara pelajar2 OM dari part 1 - 7 dan juga para pensyarah... PENAT n SERONOK adalah perkataan yang paling tepat untuk majlis ini....pENAT - biasa la sebab kami semua bertungkus lumus sama2 untuk menjayakan majlis ni.. SeRONok sebab semua pensyarah dan pelajar sama2 menyumbang tenaga dan idea untuk memeriahkan majlis ini.. Tema untuk majlis ini ialah "RAYA"...Setiap pelajar dan pensyarah wanita perlu memakai baju raya tak kira la apa jenis warna manakala yang lelaki pula perlu memakai baju melayu.. maka terserlah lah kehenseman pelajar2 lelaki.. Aktiviti yang dijalankan ialah setiap pelajar mengikut semester perlu merekabentuk ruang yang disediakan menjadi sebuah rumah. Rumah2 tersebut perlu di hias dan dibentuk supaya nampak cantik dan kreatif. tak lupa juga pembabitan daripada para pensyarah. mereka juga turut merekabentuk ruang yang diberikan...ada yang menggunakan buluh, pelapah kelapa, tikar, ketupat dan bermacam2 lagi bahan untuk menjadikan rumah mereka sebagai juara... Pemenangnya adalah dari rumah pelajar2 semester 6 dan ke atas.





Setiap daripada rumah tersebut perlu menyediakan juadah hari raya seperti nasi impit + kuah kacang, lodeh, ketupat, rendang, biskut raya dan macam2 lagi... Yang kelakarnya apabila bermula sahaja majlis tersebut para pelajar datang menyerbu ke rumah pensyarah...kami pensyarah pun tak sempat nak makan... hehehehe..



sebagai tanda kenang-kenangan setiap pelajar + pensyarah mendapat door gift yang begitu istimewa.. dan bagi pelajar-pelajar semester akhir kami menyediakan sebatang pen yang tertera "ALL THE BEST- OM 114 UiTM-KSP"..









Yang paling penting ialah saya ingin ucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada para pensyarah kerana membantu menjayakan majlis ini walaupun berhadapan dengan due date untuk menghantar carrymark.. terima kasih banyak2..insyaallah kita akan teruskan lagi majlis seperti ini... untuk para pelajar semoga majlis ini akan diingati selalu.. tak lupa juga ucapan terima kasih ini saya berikan kepada mereka yang memberi sokongan moral dan bantuan seperti kak chik, datin suzie, En Ismadi, penyelaras program Uitm, che ramli dan semua kakitangan kolej shahputra terutama maintanance... dan pada saya alhamdulillah majlis ini berjaya...













Sunday, October 26, 2008

NiLai KeNaNGaN..















RaSaNYA dah tutup kisah jamua raya yang Ksp anjurkan.. dan rasanya masih belum terlewat untuk ucapkan TERIMA KASIH yang tak terhingga kepada kolej kerana mengadakan jamuan ini untuk pekerja-pekerjanya.. Alhamdulillah kami semua dapat berkumpul beramai2, saling mengenali di antara satu sama lain... dapat melihat gelagat kakitangan shahputra sambil dihiburkan dengan persembahan setiap program dan juga department...

Bila duduk sorang2 sambil tengok gambar teringat pula jamuan yang dibuat dahulu kala ketika itu saya bekerja di pekan...betapa seronoknya la rasa..persembahan juga tak kurang hebatnya.. department kami Business mendapat tempat pertama...ianya takkan berjaya tanpa sokongan semua pihak.. untuk memeriahkan lagi jamuan makan malam itu pihak organizer menyediakan anugerah kepada staff2 yang bertuah... dan salah seorang staff yang bertuah itu tentulah saya.. hehehe.. alhamdulillah... sukiman juga turut mendapat anugerah itu iaitu "Lecturer Paling Ceria" tahniah suki... tapi kini semuanya tinggal kenangan yang tak mungkin saya lupakan... Kenangan adalah sesuatu yang amat bernilai yang tak mungkin boleh di jual beli.. kerana setiap manusia mempunyai kenangan yang berbeza yang mempunyai "VALUE" nya tersendiri...

Friday, October 10, 2008

WeDDiNg UmI.



RaYa Ke 3 baru-baru ni cousin saya Kahwin..Jodohnya orang Johor..Alhamdulillah terbina sebuah lagi Masjid.. Cousin saya ni memang close dengan saya dan ada seorang lagi yang sekarang ni bekerja di sarawak..mereka semua disebelah arwah abah saya.. yang membuatkan kami semua rapat ialah perbezaan umur kami tidak begitu jauh..Umi merupakan anak bongsu dari 3 orng adik beradik.. time raya n time kenduri la waktu yang paling best sebab kami akan berkumpul dengan semua saudara mara yang ada..masa tu la boleh kenal yang kecik yang besar, anak teruna, anak dara, dan sebagainya... menu yang dihidangkan masa kenduri umi ialah nasi putih, ayam percik, gulai kawah daging, sambal belacan, ikan kering, acar timun, singgang daging dan tak lupa air sirap serta buah tembikai sebagai pencuci mulut...bukan sahaja dijamu dengan makanan umi juga turut memberi "SISA"( bahasa orang kelantan) kepada orang yang datang ke kenduri nya.. "SiSA" kalau diluar daripada pantai timur ialah buah tangan/cenderamata. "SISA" yang umi bagi ada pelbagai jenis barang yang mana ia letakkan dalam satu beg kertas ( telur, coklat, nasi manis, mufin dan juga kotak kecil yang diperbuat daripada tikar yang boleh isi kerongsang.) Bagi saya yang menariknya beg kertas tu ada tertera gambarnya dan pasangannya yang bertulis "KENDURI KESYUKURAN".. itu ialah hasil kreatif pasangannya merekabentuk beg kertas itu...nama pasangannya ialah Razali juga dikenali dengan nama Bob... Bob seorang photographer dan juga designer yang profesional.. hehehe lepas ni tanggungjawab bob la plak untuk create something pada saya ya... Kenduri kahwin umi itu ialah kenduri kesyukuran yang mana menjamu para tetamu. Selalunya kalau sebut pasal kenduri kahwin tetamu yang datang akan memberi sedikit saguhati berupa duit kepada tuan rumah tetapi apabila disebut kenduri kesyukuran tetamu tidak perlu memberi saguhati itu. Di sana selalunya tetamu akan memberi gula, susu, beras kepada tuan rumah sebagai membalas ucapan terima kasih kerana menjemput mereka untuk hadir ke kenduri kesyukuran.. Ianya masih dipraktikkan oleh orang yang berada di kampung...
Untuk UmI Thasni DAN RaZaLi.. Selamat Pengantin BAru.. Semoga Kekal hingga Hujung Nyawa...



AnGPaU..

Pejam celik pejam celik dah 10 hari kita beraya..zaman sekarang dah tak sama macam zaman dulu suasana rayanya dah agak kurang dirasai.. mungkin disebabkan faktor usia yang semakin matang hehehe.. raya zaman dulu sibuk nak pergi beraya sebab... nak dapatkan angpau tapi sekarang kalau boleh nak nyorok dari pergi berjalan ke rumah orang.. hehehe..itu cuma cakap2 kosong aja jangan salah faham.. tanggungjawab harus diteruskan.. kadang2 rasa happy jer bila tengok gelagat kanak2 datang beraya.. ada yang memberi salam dari jalan raya dapat duit terus balik..yang tak tahannya lepas balik satu group dia akan datang 2 3 group yang lain.. kalau yang sepupu2 pulak macam2 cara untuk dapatkan duit raya.. diantara cara2nya ialah "kak yong kita salam pagi ni ya?, kak yong nak suruh picit tak? itu lah diantara solaan yang selalu timbul oleh sepupu2 saya.. hehehe... tapi itu lah kecerian yang wujud di pagi raya.. rasanya tak terlambat lagi nak ucap "Selamat Hari Raya" Maaf Zahir Batin